Masalah Beras Putih Tempatan Belum Selesai, Kini Cadang Pula Mahu Import Dari Pakistan

beras putih tempatan

Masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran dilihat masih belum selesai setelah Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (Naccol), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mencadangkan kerajaan agar mengimport beras putih dari Pakistan.

Cadangan itu dilontarkan kerana beliau meyakini bahawa langkah ini merupakan kaedah yang berpotensi tinggi bagi menoktahkan kemelut berhubung harga dan bekalan beras putih di pasaran tempatan.

Tambah beliau, cadangan ini sebenarnya pernah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Beliau juga sudah memaklumkan cadangan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun ia masih belum dimuktamadkan untuk dilakukan tindakan susulan.

Kerajaan Tidak Kompeten Untuk Selesaikan Isu Kekurangan Bekalan Beras Putih Tempatan

Langkah yang ingin diambil oleh kerajaan dengan mengimport beras putih daripada Pakistan menampakkan kerajaan sebenarnya tidak kompeten untuk menyelesaikan isu ini.

Dahulu pada bulan September 2023 yang lalu kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan bekalan beras putih tempatan akan pulih dalam tempoh sebulan sahaja.

Hal ini demikian kerana kerajaan telah memulakan langkah intervensi menerusi Program Khas Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di seluruh negara yang akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.

Selain itu, pada Mei 2024 pula kerajaan telah melancarkan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan dengan program ini telah dilakukan di Pasir Puteh dan Kota Belud.

Program ini dikatakan telah mendatangkan impak yang positif kerana telah meningkatkan hasil padi sehingga 6.47 metrik tan sehektar.

Oleh hal yang demikian, menjadi persoalan mengapa kerajaan perlu mengimport beras daripada Pakistan jika mereka mengatakan program yang dilakukan oleh mereka telah berjaya.

Adakah program itu gagal dan tidak mencapai sasaran yang diinginkan sehingga perlu mengimport daripada luar?

Langkah kerajaan untuk mengimport beras daripada Pakistan sememangnya dapat memenuhi bekalan beras putih namun harga yang akan dijual nanti di pasaran tempatan pasti mahal.

Barang yang diimport akan dikenakan harga yang tinggi kerana terpaksa menanggung kos pengangkutan dan cukai import maka dikhuatiri tidak semua rakyat Malaysia mampu membelinya nanti.

Kerajaan perlu memfokuskan kepada soal kedaulatan keselamatan bekalan makanan negara bagi memastikan semua rakyat Malaysia mampu menikmatinya secara sama rata.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kenaikan kos sara hidup

Adakah Kenaikan Kos Sara Hidup Di Malaysia Menjadi Cabaran Untuk 2025?

Next Post
nga kor ming

Nga Kor Ming Cerminan Kafir Mekah? – Presiden BERJASA

Related Posts