Sudah Isi PADU, Mengapa Perlu Isi Budi Madani Pula?

budi madani

GOMBAK – Pengakhiran subsidi diesel secara menyeluruh akan berakhir dan kerajaan telah menetapkan untuk mensasarkan pemberian subsidi diesel mulai pertengahan bulan hadapan. Kerajaan telah mengarahkan mana-mana individu yang berkelayakan untuk mendaftar dengan sistem Budi Madani di bawah Kementerian Kewangan untuk mengakses subsidi yang akan datang.

Arahan ini dilihat sama dan seiring dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menegaskan pendaftaran di dalam PADU perlu dibuat bagi membolehkan sebarang subsidi disalurkan kepada pihak yang berkelayakan. Jika arahan pendaftaran itu diabaikan oleh rakyat maka mereka akan terlepas daripada mendapat subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman mempersoalkan mengenai arahan terbaharu ini kerana data yang diisi oleh rakyat sudah ada di dalam PADU sebelum ini. Beliau membangkitkan persoalan ini setelah mengetahui syarat untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM200 sebulan bagi subsidi diesel adalah dengan mengisi segala maklumat yang diminta di dalam Budi Madani bukannya PADU.

Beliau tanpa meragukan usaha kerajaan untuk melakukan penyasaran subsidi ini atas sebab ingin menjimatkan perbelanjaan negara hanya meragui mengenai arahan untuk mengisi maklumat peribadi secara dua kali. Hal ini juga telah menimbulkan persoalan orang ramai yang khuatir jika maklumat dan data peribadi mereka mudah untuk terdedah.

“Saya bukannya tidak setuju dengan perlaksanaan subsidi diesel secara bersasar ini tetapi mengapa perlu diminta untuk pendaftar isi dua kali maklumat?. Sebelum ini isi di PADU dan sekarang perlu isi pula di Budi Madani”.

“Adakah tidak wujudnya koordinasi yang berkesan antara Kementerian Kewangan dengan Kementerian Ekonomi dalam perkara ini?”, soal beliau.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah memberikan respon kepada pertanyaan di Parlimen yang menjelaskan PADU direka untuk berfungsi sebagai sistem antara kementerian, yang akhirnya akan digunakan oleh semua kementerian untuk melaksanakan pelbagai program bantuan, termasuk subsidi bersasar. 

Ini bermakna memang pada asalnya hanya PADU sebagai “one stop centre” untuk pengumpulan data bagi tujuan subsidi dan kemudian diperkenalkan pula Budi Madani untuk tujuan pengumpulan data bagi pemberian subsidi diesel.

Untuk petani skala kecil dan pemilik perladangan, proses ini lebih merumitkan lagi. Mereka diarah untuk memohon subsidi melalui sistem Budi Agri-Komoditi, memerlukan pendaftaran tambahan dengan Kementerian Pertanian serta Kementerian Perusahaan dan Perladangan. 

Selain itu, untuk layak menerima subsidi, petani-petani ini mesti menunjukkan pendapatan bulanan minimum sebanyak RM4,166, bersamaan dengan RM50,000 setahun — ambang yang cukup mencabar bagi mereka yang tempat jualan utama adalah pasar pagi tempatan, pasar harian pekan kecil, atau gerai tepi jalan.

Ini menimbulkan soalan kritikal: siapakah yang lebih mendapat manfaat dari penyusunan semula program subsidi ini? 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
parti liar

Ahli Politik DAP Gesa Hormati Parti Liar Yang Tidak Patuh Syariah

Next Post
MAHB

BERJASA Bantah Saham MAHB, Aset Strategik Negara Dimiliki BlackRock

Related Posts