Anwar Ibrahim Minta Semua Pihak Hormati Sekolah Vernakular

anwar ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelurkan kenyataan mengingatkan semua pihak agar menghormati kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil. Alasan yang diberikan oleh beliau ialah Malaysia telah lama mengamalkan sistem persekolahan berkenaan.

Beliau menegaskan agar rakyat Malaysia boleh mengakui kewujudkan mereka dan menghormati sistem persekolahan ini.

Kenyataan beliau ini dikeluarkan susulan desakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Salleh yang menggesa agar kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular, dengan penilaian perlu dilakukan dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menjadi satu kepelikan apabila Anwar Ibrahim mengatakan sekolah vernakular ini perlu wujud kerana kepelbagaian sekolah ini mencerminkan komposisi demografi kawasan yang berbeza. Beliau seakan ingin mengatakan bandar-bandar yang ada di Malaysia ini terdapat majoriti Melayu yang mendudukinya dan yang lain ada majoriti Cina dan India sebagai penduduk di bandar tersebut maka sekolah mengikut kaum ini perlu ada.

Alasan yang diberikan oleh beliau ini dangkal kerana ia bukannya menjadi satu permasalahan untuk rakyat tinggal di bawah satu bumbung belajar secara bersama. Sekolah kebangsaan juga sebenarnya mempunyai akses untuk mempelajari bahasa Tamil dan Mandarin dengan melihat komposisi kaum di bandar yang diduduki oleh sekolah tersebut.

Beliau sebagai seorang Perdana Menteri perlu mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dalam menyeru kepada perpaduan kaum. Sepatutnya beliau menjadikan medium pendidikan sebagai langkah terbaik untuk merealisasikan hasrat ini.

Sebelum itu juga, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem persekolahan vernakular dan kementerian itu akan terus memartabatkan Akta Pendidikan 1996 yang mengiktiraf kewujudan sekolah berkenaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
SPM 2023

‘Top 20’ Sekolah SPM Terbaik 2023 Didominasi Sekolah Kebangsaan

Next Post
parti liar

Ahli Politik DAP Gesa Hormati Parti Liar Yang Tidak Patuh Syariah

Related Posts