Kerajaan Lebih Suka Berpolitik Berbanding Majukan Industri Pelancongan Tempatan

BANGI – Dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan pusat mengabaikan industri perlancongan tempatan semakin jelas terserlah apabila Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli memaklumkan bahawa kerajaan negeri Perlis belum menerima peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) walaupun Perlis sudah melancarkan kempen pelancongan mereka yang diberi nama Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

Menurut data yang dicatatkan menunjukkan bahawa lebih 3.2 juta kemasukan pelancong ke Perlis telah direkodkan dari Januari sehingga Oktober 2023. Agak menghairankan apabila kerajaan pusat tidak mengambil peluang ini untuk terus menaikkan lagi industri pelancongan tempatan dengan sokongan daaripada MOTAC itu sendiri.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata ” kerajaan dilihat lebih suka berpolitik dengan menekan negeri yang ditadbir pembangkang daripada fokus untuk membangunkan ekonomi negara. Tindakan yang tidak matang daripada kerajaan pusat ini tidak lain dan tidak bukan hanya ingin memainkan sentimen politik kebencian kepada pembangkang tanpa memikirkan kesannya kepada negara.”

Laporan beberapa portal akhbar sebelum ini melaporkan sebanyak 2 billion baht dibelanjakan oleh pelancongan Malaysia ke Thailand pada musim Krismas dan tahun baharu yang lalu. Ini menjadikan bilangan pelancong Malaysia ke Thailand adalah paling ramai dibandingkan dengan pelancong daripada China dan Korea Selatan yang datang melancong ke Thailand.

“Kerajaan terutamanya MOTAC patut melihat ini sebagai bukti kelemahan mereka yang gagal mempromosikan pelancongan tempatan kita kepada rakyat tempatan. Langsung tiada inisiatif yang menarik ditawarkan oleh kerajaan yang akhirnya mengakibatkan mereka lebih sanggup berbelanja di Thailand berbanding negara sendiri”.

“Bukan sahaja gagal menarik minat rakyat tempatan melancong ke sini, malah tindakan bodoh MOTAC telah meminggirkan Perlis sebagai destinasi pelancongan menarik untuk dilawati. Kita boleh tengok sendiri rekod yang menunjukkan kedatangan pelancong ke Perlis amat baik, namun dipandang sepi oleh kerajaan pusat.” tegas Hamdan.

Ketua Penerangan BERJASA itu mengecam tindakan kerajaan yang mengamalkan politik tidak matang kerana masih mempunyai sikap kepartian yang tebal.

“Sebelum ini pun mereka bertindak menyekat peruntukkan kepada kepada pembangkang untuk digunakan di kawasan Parlimen masing-masing.”

“Menteri MOTAC iaitu Dato Sri Tiong King Sing sepatutnya digantikan sahaja dengan ahli Parlimen yang lain kerana beliau langsung tidak menunjukkan kredibiliti yang baik mewakili kerajaan. Beliau sebagai menteri pun tidak menghormati institusi Parlimen kerana kerap tidak hadir untuk menjawab soalan di Dewan Negara. Inikah wakil rakyat yang Malaysia perlukan?”.

“Kenyataan–kenyataan yang dikeluarkan daripada mulut beliau juga tidak langsung menampakkan beliau sebagai menteri yang beretika lagi-lagi melibatkan isu rokok dan mabuk di khalayak awam.”

” Jika kerajaan sekarang ada maruah, gantikan sahaja menteri ini kerana beliau langsung tidak layak menduduki kabinet kerajaan”, kata beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mengarut, terlalu Banyak Universiti Bukan Punca kepakaran Universiti Merosot!

Next Post

Adakah UMNO Lebih Memilih dAP Daripada mCA?

Related Posts