Ahli Politik AS Yang Pro-Zionis, Anthony Blinken Hadir Jumpa Anwar Ibrahim Di Laos?

anthony blinken

Di kala rakyat Palestin dan Lubnan dibantai dengan kejam tanpa belas ihsan oleh tentera Zionis, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken yang merupakan seorang pro-Zionis hadir ke Laos untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu diadakan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan tertinggi negara anggota ASEAN yang lain hadir untuk Persidangan ASEAN yang berlangsung di Laos baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, pertemuan di antara dua pemimpin itu dibuat secara tertutup dan pertemuan itu dibuat sebagai tanda persahabatan yang sudah bertahun lamanya terjalin erat antara AS dan Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan terhadap Blinken kerana syarikat teknologi gergasi daripada AS seperti Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing melabur sebanyak US$14.7 bilion ke Malaysia.

Beliau juga menjemput delegasi AS untuk hadir ke Senior Officials Dialogue yang akan berlangsung di Putrajaya pada akhir Oktober ini yang mana kedua buah negara ini akan menyambut ulang tahun ke-10 sempena Malaysia – US Comprehensive Partnerhsip.

Pertemuan antara dua pemimpin ini juga sempat diselitkan dengan perbincangan mengenai gesaan untuk mengenai gencatan senjata yang perlu dibuat oleh rejim Zionis yang galak membantai rakyat yang tidak bersalah di Palestin dan Lubnan.

Anthony Blinken Sokong Pengeboman Konvoi Trak Bawa Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Ironinya, pemimpin AS yang Datuk Seri Anwar Ibrahim jumpa di Laos itu merupakan seorang individu yang pro-Zionis dan menyokong segala tindak tanduk kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin.

Scheerpost memetik laporan daripada Drop Site News (DSN) mendedahkan bahawa Blinken terlibat sekali dengan perbincangan bersama Kabinet Perang Israel untuk menyerang konvoi trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Yaron Avraham, wartawan daripada Israel di dalam media sosial X menulis bahawa “From within the Kirya, the Israeli military’s main headquarters in Tel Aviv, Blinken participated in the frantic discussions of the Israeli War Cabinet … that were occurring in parallel to conversations in the broader Security Cabinet“.

Yaron menambah “[deliberate] for hours over the precise wording of the decision, with each draft being passed between the Cabinet room and Blinken’s room, a distance of a few meters away, inside the Kirya … Eventually, around 3 am, they arrive at an agreed upon text that is read in the Cabinet room in English.”

Apabila perkara ini sudah tersebar kepada orang awam, Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich mengatakan ada asas serangan terhadap konvoi itu kerana semua trak itu telah dirampas oleh Hamas.

Gesaan daripada Malaysia kepada Blinken untuk melobi agar gencatan senjata dilakukan di tengah konflik Israel – Palestin hanya sekadar angin berlalu untuk Blinken kerana beliau juga merupakan pembunuh sebenar kepada insan yang tidak bersalah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
cukai warisan

Rakyat Sukar Beli Rumah Jika Kerajaan Laksanakan Cukai Warisan

Next Post
pasaran kereta elektrik di malaysia

Pasaran Kereta Elektrik Di Malaysia Perlahan, Di Mana Silapnya?

Related Posts