Pasaran Kereta Elektrik Di Malaysia Perlahan, Di Mana Silapnya?

pasaran kereta elektrik di malaysia

Pasaran kereta elektrik di Malaysia ataupun disingkatkan dengan panggilan EV dilihat semakin agresif memasuki pasaran automotif tempatan dengan menyaksikan 25 peratus rakyat Malaysia berminat untuk membeli kereta elektrik.

Namun begitu, tinjauan yang dilakukan oleh EY Global Mobility Consumer Index menunjukkan pasaran kereta elektrik ataupun dipanggil sebagai “electric vehicles” (EV) di Malaysia agak perlahan.

Walaupun tinjauan EY dalam kajiannya mendapati faktor pengguna di Malaysia membeli EV disebabkan oleh faktor impak alam sekitar (53 peratus), kenaikan kos bahan api (33 peratus) dan faktor gaya hidup (27 peratus) namun ia masih tidak mampu lagi merancakkan pasaran EV ini.

Berdasarkan kajian yang sama melibatkan 19,000 responden dari 28 negara, Malaysia kini berada di persimpangan penting dalam peralihan ke arah penggunaan EV namun ia mungkin memakan masa yang lama sikit melihat kepada situasi pasarannya kini.

Mengapa Pasarannya Agak Perlahan?

Antara sebab mengapa pasaran EV di Malaysia agak perlahan kerana rakyat Malaysia masih mempertimbangkan nilai jualan semula EV, akses kepada tenaga boleh diperbaharui untuk mengecas dan kos penyelenggaran bateri yang berterusan.

Sebilangan pengguna masih skeptikal terhadap EV terutamanya mengenai infrastruktur dan kos pemilikan.

Mereka juga berpendapat kekurangan tempat pengecasan sebagai halangan termasuk sukar mencari pengecas, tempoh menunggu yang agak lama dan kos pengecasan menggunakan infrastruktur awam.

Kebimbangan ini ada asasnya memandangkan tidak semua tempat di Malaysia memiliki akses untuk mengecas EV.

Stesen pengecas EV lebih mudah didapati di kawasan Pantai Barat maka pengguna EV daripada negeri-negeri daripada Pantai Timur khususnya sukar untuk mendapatkan akses pengecasan itu.

Menjelang 2030 kerajaan telah menyatakan komitmen untuk mengembangkan pasaran EV dengan sasaran 15 peratus daripada jualan kereta baharu maka isu ini perlu diselesaikan dengan secepatnya bagi memastikan peralihan ke arah penggunaan EV dapat dibuat dengan baik dan lancar.

Bagaimana Dengan Masa Depan Kereta Elektrik Buatan Malaysia?

Jenama kereta nasional iaitu PROTON baru-baru ini telah memperkenalkan jenama EV mereka yang baharu dengan nama Proton e.MAS7.

Nama e.MAS7 ini menggabungkan simbol “e” untuk EV dengan singkatan “MAS” yang dikenali secara universal sebagai Malaysia.

Tarikh model pertama Proton e.MAS diperkenalkan menjelang awal tahun hadapan iaitu pada 2025 dengan akan adanya 17 pengedar e.MAS awal dan dalam perancangan untuk berkembang kepada 30 buah outlet menjelang 2025.

Perodua juga akan mengeluarkan EV mereka pada akhir 2025 dengan tawaran harga bermula RM50,000 hingga RM100,000.

Hal ini jelas menunjukkan industri EV di Malaysia semakin berkembang namun ia harus diimbangi dengan pasarannya.

Selain daripada pemberian subsidi rebat untuk EV, kerajaan digesa untuk memfokuskan kepada menaik taraf infrastruktur stesen pegecas EV yang menjadi pertimbangan utama pengguna untuk membeli EV.

Pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla untuk memasang 180 stesen pengecasan EV dilihat sebagai satu langkah pertama yang bagus untuk menaikkan lagi pasaran EV di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
anthony blinken

Ahli Politik AS Yang Pro-Zionis, Anthony Blinken Hadir Jumpa Anwar Ibrahim Di Laos?

Next Post
deepavali di malaysia

Menjelang Deepavali Di Malaysia, Harga Rempah Ratus Dijangka Meningkat

Related Posts