Isu BlackRock: Ini Cara Supaya Kerajaan Tidak Hipokrit Dalam Isu Palestin

KUALA LUMPUR – Respon yang diberikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil baru-baru ini amat mengecewakan apabila mengulas pertanyaan wartawan mengenai isu kerjasama antara MAHB dengan syarikat pro-Zionis, BlackRock-GIP.

Hingga kini tiada langsung tanda-tanda kerjasama pelaburan ini akan dihentikan walaupun selepas mendapat ribuan tentangan dan kecaman daripada rakyat hingga pimpinan parti pembangkang yang mahukan kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan BlackRock tidak diteruskan.

Fahmi Fadzil yang juga merangkap sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan juga seakan tidak memahami isu yang sebenarnya sehingga menempelak kepada mana-mana pihak untuk tidak menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan X jika menentang BlackRock. Tindakan beliau itu langsung tidak berasas dan agak dangkal.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

Jika kerajaan serius ingin bersolidariti bersama Palestin, terdapat beberapa cara yang boleh diaksanakan oleh kerajaan supaya tidak dilihat hipokrit oleh rakyat.

  1. Konsisten Melobi Negara-Negara Islam

Kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertindak dengan konsisten melobi dan mempengaruhi negara-negara Islam terutamanya di organisasi antarabangsa seperti OIC dan PBB. Usaha melobi ini dibuat dengan bertujuan untuk menyeru sebarang usaha menormalisasi hubungan bersama Israel dihentikan setelah begitu rancak wujudnya perancangan ini di kalangan negara-negara Arab.

        2. Mendesak PBB Untuk Bertindak Lebih Tegas

        Kerajaan boleh memainkan peranan dengan bertindak mendesak PBB terutamanya Setiausaha Agung PBB untuk bertindak lebih tegas terhadap rejim Zionis. Jika PBB masih berdegil untuk bertindak secara adil, kerajaan boleh mendesak Setiausaha Agung PBB untuk meletakkan jawatannya kerana tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.

        3. MenghantarBantuan Ketenteraan

        Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohammad Hasan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak teragak-agak untuk menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Palestin untuk memainkan peranan sebagai tentera pengaman.

        Walaupun perancangan itu dilihat agak sukar kerana perlu mendapatkan mandat PBB namun diharapkan kerajaan boleh sentiasa bertindak secara konsisten dalam menyatakan perancangan ini.

        Rakyat sekarang mungkin sudah jemu dengan laungan pembebasan Palestin namun langsung tiada tindakan yang keras kepada rejim Zionis itu. Tatkala negara sekutu Israel rancak menghantar senjata, negara kita hanya melaungkan laungan solidariti di tempat sendiri sambi menyaksikan rakyat Palestin terkorban.

        Total
        0
        Shares
        Leave a Reply

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        Previous Post

        Himpunan Pembebasan Palestin: Ucapan PMX Lemah

        Next Post

        Jumlah Warga China Masuk Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda

        Related Posts