Wujud Rakyat Malaysia Yang Tidak Sokong Rakyat Palestin Tiba Di Malaysia

Pemerhatian yang dibuat di media sosial mendapati wujud sebahagian rakyat Malaysia yang tidak menyokong rakyat Palestin tiba di Malaysia untuk mendapatkan rawatan atas alasan rakyat Palestin di Malaysia ini nanti membebankan.

Melalui satu kandungan yang dimuat naik oleh Gelombang BERJASA di media sosial terutamanya aplikasi Tik Tok berkaitan kenyataan Ketua NGO Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Francis Paul Siah yang menolak ketibaan pelarian Palestin di Sarawak, terdapat beberapa komen daripada sebahagian rakyat Malaysia yang setuju dan senada dengan Francis.

Antara komen yang jelas dilihat di ruangan komen kandungan tersebut ialah “Well done Sarawak“, “Stand your ground“, “pro active” dan “Stand with Sarawak“.

Di kala ramai rakyat Malaysia yang berbesar hati menyambut ketibaan rakyat Palestin ke Malaysia untuk dirawat, komen-komen sebegini nyata mencemarkan keharmonian rakyat Malaysia kerana komen sedemikian langsung tidak sensitif.

Francis Tolak Terima Rakyat Palestin Kerana Tidak Mahu Sokong Pengganas

Alasan penolakan beliau tidak mahu kerajaan menempatkan rakyat Palestin di Sarawak adalah disebabkan mahu mengelakkan imej Sarawak tercemar kerana dikaitkan dengan peperangan dan konflik yang melibatkan pengganas, keganasan dan kematian di luar negara.

Beliau juga mendakwa kenyataan ini mewakili sentimen majoriti rakyat negeri terbabit dan yakin mereka akan menyokong pendiriannya berkaitan isu ini.

Kenyataan beliau ini secara jelasnya menghina rakyat Palestin yang sanggup mengorbankan nyawa untuk mempertahankan tanah air yang berdaulat daripada serangan penjajah.

Adakah logik untuk melihat rakyat sesebuah negara hanya melihat tanah air dirobek oleh penjajah tanpa melakukan apa-apa?

Lagi pun sudah jelas di portal media antarabangsa yang menunjukkan betapa serakahnya tentera rejim Zionis membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah di Palestin.

Francis dilihat berniat untuk menyemarakkan rasa benci kepada rakyat Palestin dengan menuduh mereka sebagai pengganas.

Kenyataan beliau ini dikhuatiri boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini yang majoritinya berkongsi simpati bersama rakyat Palestin.

Apabila kenyataan ini muncul untuk dibaca oleh orang awam, pelbagai spekulasi yang wujud oleh orang awam dan akhirnya menampakkan sebahagian rakyat Malaysia yang menyokong kenyataan beliau ini.

Tolak Rakyat Palestin Tetapi Sokong Terima Atlet Israel Di Sarawak

Berbeza pula perspektifnya dalam soal penolakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk atlet renang Israel bertanding di Malaysia pada tahun 2019, beliau tanpa segan silu mengalu-alukan kedatangan atlet renang Israel untuk datang ke Sarawak.

Kenyataan beliau ini agak dangkal kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan itu bukan kali pertama atlet Israel dihalang memasuki negara ini daripada menyertai kejohanan antarabangsa.

Pada 2015, dua pelayar Israel terpaksa berundur daripada menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) di Langkawi selepas gagal mendapatkan visa.

Hal ini tidak diambil kira lagi mengenai kenyataannya di Malaysiakini pada bulan April 2024 yang mempersoalkan adakah Malaysia perlu menunjukkan solidariti yang kuat terhadap Hamas.

Jelas Francis gemar mengeluarkan kenyataan yang kontroversi dan kontradik dengan pendirian kerajaan sehingga dikhuatiri menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan rakyat.

Selain itu, pendirian sebahagian rakyat Malaysia yang menyokong kenyataan Francis ini di media sosial juga seakan mengesahkan wujudnya pihak yang pro-Israel di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah Demokrasi Di Malaysia Sudah Matang?

Next Post

Bagaimana BRICS Akan Mengubah Malaysia?

Related Posts