Perkhidmatan Sewa Rim & Tayar Lori Menyumbang Kepada Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia?

kemalangan jalan raya di malaysia

Terkini laporan kemalangan jalan raya di Malaysia memberikan khabar berita yang begitu menyedihkan apabila 7 orang maut manakala 33 orang lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.

Siasatan awal mendapati mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri tersebut membabitkan tiga lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan.

Rakyat Malaysia pastinya sudah muak dengan berita yang memaparkan mengenai tragedi kemalangan melibatkan kenderaan berat sehingga mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

Rata-rata rakyat Malaysia sudah menganggap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia ini begitu lemah hingga boleh membiarkan kenderaan berat yang tidak selamat untuk beroperasi dipandu di atas jalan raya.

Adakah benar penguatkuasaan undang-undang melibatkan kenderaan berat di negara ini begitu lemah ataupun ada tangan jahat yang membiarkan kenderaan berat ini tidak mematuhi piawaian keselamatan?

Erti kata lainnya ia berpunca daripada rasuah yang berlaku dalam kalangan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Perkhidmatan Sewa Rim & Tayar Lori Menyumbang Kepada Kemalangan Jalan Raya?

Menerusi carian yang dibuat oleh Gelombang Berjasa di laman sosial Facebook, didapati wujud perkhidmatan menawarkan servis rim dan tayar lori untuk pemeriksaan PUSPAKOM.

Perkhidmatan ini akan menyediakan rim dan tayar yang elok kualitinya bagi membolehkan mereka lulus ujian PUSPAKOM seterusnya membolehkan kenderaan berat milik mereka bergerak di atas jalan raya.

Perkhidmatan ini bukan sahaja menawarkan perkhidmatan untuk kenderaan berat sahaja malahan kereta juga ditawarkan perkhidmatan yang sama.

Hal ini menimbulkan persoalan adakah tayar yang digunakan daripada perkhidmatan itu akan ditukar kembali kepada tayar yang asal selepas ujian pemeriksaan PUSPAKOM ataupun tidak.

Jika benar ia ditukar kembali kepada tayar asal yang buruk kualitinya maka tidak hairan berlakunya banyak kes kemalangan melibatkan kenderaan berat di atas jalan raya.

Pihak berkuasa wajar menyiasat perniagaan yang menawarkan perkhidmatan sebegini kerana ia jelas merupakan penipuan dan boleh mengancam nyawa ramai pihak yang tidak bersalah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kemalangan jalan raya

Kerajaan Perlu Bertindak Serius Tangani Isu Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Kenderaan Berat

Next Post
undang-undang syariah di malaysia

Terengganu Wajar Dipuji Dalam Usaha Perkasakan Undang-undang Syariah Di Malaysia

Related Posts