Wujud Sindiket Penipuan Permohonan MyPR Di Malaysia

permohonan mypr

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan wujud sindiket penipuan permohonan MyPR di Malaysia menerusi laman media sosial Facebook.

Beliau menegaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan permohonan MyPR itu.

Hasil semakan di halaman Facebook akaun sindiket itu, hal ini didapati akaun tersebut banyak memuatkan hantaran iklan berbayar.

Tambah beliau, pengiklanan ini dilihat jelas sebagai satu penipuan yang nyata kerana proses permohonan untuk mendapatkan pemastautin tetap di Malaysia adalah suatu proses yang rumit dan panjang.

Hal ini melibatkan pelbagai peringkat dan protokol yang ketat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan keselamatan negara dan mustahil untuk sesiapa tidak mengikut prosedur ini atau memberikan jaminan kelulusan dipercepatkan.

Permohonan MyPR Tidak Boleh Dibuat Dengan Mudah

Permohonan MyPR di Malaysia adalah proses yang kompleks dan memerlukan pemohon memenuhi pelbagai syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pemohon yang ingin memohon MyPR perlu memenuhi salah satu kriteria berikut iaitu berkahwin dengan warganegara Malaysia yang mana perkahwinan mesti didaftarkan secara sah.

Tempoh perkahwinan itu mestilah sekurang-kurangnya didaftarkan sekurang-kurangnya 5 tahun dan pemohon perlu menunjukkan bukti tinggal di Malaysia dalam tempoh tersebut.

Selain itu, permohonan untuk mendapatkan status pemastautin tetap juga boleh dipertimbangkan jika pemohon mempunyai kepakaran tertentu yang diyakini mampu memberikan sumbangan besar kepada pembangunan Malaysia.

MyPR juga mempertimbangkan jika pemohon itu adalah kanak-kanak bawah umur dengan ibu bapa yang merupakan pemastautin tetap dan individu yang mempunyai hubungan darah rapat dengan warganegara Malaysia.

Bukan itu sahaja malahan wujud satu kumpulan pemohon kategori khas yang mana pelarian politik atas dasar kemanusiaan atau individu yang telah diberikan status khas oleh kerajaan.

Namun begitu, tidak semua permohonan berjaya diluluskan walaupun pemohon telah memenuhi syarat yang ditetapkan kerana ia melibatkan penilaian yang ketat terhadap rekod jenayah, status kewangan dan sumbangan kepada negara.

Tempoh pemprosesan permohonan pula boleh memakan masa 5 hingga 10 tahun atau lebih dan keputusan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara pihak kerajaan dan tiada jaminan untuk kelulusan.

Maka hal ini diingatkan bahawa agar sesiapa pun berhat-hati dengan iklan permohonan MyPR yang muncul di laman sosial kerana ia jelas satu penipuan daripada sindiket yang tidak bertanggungjawab.

Diharapkan juga pihak berkuasa terutamanya JPN dapat menjaga integiriti bagi memastikan pemberian status pemastautin tetap mahupun kerakyatan tidak dibuat dengan mudah bagi memastikan kedaulatan negara terus terjamin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
bahasa kebangsaan

Malaysia Negara Pelik Kerana Rakyatnya Segan Guna Bahasa Kebangsaan

Next Post
kemalangan jalan raya

Kerajaan Perlu Bertindak Serius Tangani Isu Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Kenderaan Berat

Related Posts