Belum Cukup Dengan Isu Beras Tempatan Tukar Ke Beras Import, Kini Mat Sabu Mahu Tukar Nama UPM Pula

beras tempatan

Isu beras tempatan yang bertukar menjadi beras import apabila dijual di pasaran belum diselesaikan lagi oleh kerajaan dan kini Menteri Pertanian Mohamad Sabu yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu mahu menukarkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) pula.

Beliau dalam kenyataannya mencadangkan bahawa UPM ditukarkan kepada nama asalnya iaitu Universiti Pertanian Malaysia dan cadangan penukaran nama ini akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan secara bersama.

Sebab penukaran nama UPM ini mahu diusulkan oleh beliau adalah kerana ia mengambil kira keutamaan negara ini mahu ditumpukan kepada isu keterjaminan makanan dan memajukan sektor pertanian negara.

Mengikut rekod sejarah, UPM telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971 hasil daripada penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.

Pada 3 April 1997, nama Universiti Pertanian Malaysia yang merupakan nama asal ditukar kepada nama Univerisiti Putra Malaysia

Hal ini bagi menggambarkan status universiti sebagai institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja menawarkan program pengajian dalam bidang pertanian sebaliknya pelbagai bidang lain terutamanya sains dan teknologi maklumat.

Isu Beras Tempatan Hilang Dan Sekuriti Makanan Tidak Selesai Melalui Penukaran Nama Universiti

Rakyat sudah lama mengadu mengenai kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras tempatan di pasaran hingga menimbulkan rasa panik rakyat.

Lambakan beras import yang mahal harganya menyukarkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk membeli beras bagi kegunaan harian.

Dakwaan beras tempatan hilang di pasaran disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan isu ini memang diakui datangnya daripada kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan.

Hal ini terus membawa kepada tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang memperkenalkan Peraturan Melarang Campuran Beras Putih Tempatan dengan Beras Putih Import.

Bukan setakat masalah beras sahaja yang melanda rakyat malahan bekalan telur ayam juga berkurangan dalam pasaran tempatan.

Kemudian Mat Sabu pula menganggap masalah ini boleh diselesaikan dengan menukarkan nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau yang merupakan ahli politik bertaraf menteri sepatutnya memikirkan solusi yang lebih besar lagi bagi menyelesaikan masalah yang begitu penting ini.

Cadangan beliau itu seolah-olah menganggap UPM sebelum ini langsung tidak pernah melaksanakan sebarang kajian dan langkah untuk memperkasakan sekuriti makanan di Malaysia.

Beliau sepatutnya mengambil maklum bahawa UPM tetap terus menceburkan kepakarannya dalam bidang pertanian walaupun sudah diubah namanya.

Terbaharu UPM telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) dalam membincangkan isu strategik berkaitan keterjaminan makanan, kelestarian pertanian dan kerjasama teknologi.

Lagipun UPM tidak pernah berhenti dalam melakukan kajian untuk bidang pertanian dan penternakan negara.

Kerajaan hanya perlu memberikan sokongan kepada UPM untuk memperkasakan lagi kajian bidang pertanian yang dijalankan oleh mereka seperti memberikan dana yang cukup untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemerkasaan teknologi pertanian dan insentif untuk graduan pertanian yang ingin memulakan projek pertanian disamping kerajaan turut mengambil inisiatif di bawah KPKM untuk memajukan sektor pertanian negara.

Pengubahan nama tidak menyelesaikan isu apa-apa pun kerana negara ini hanya memerlukan dasar yang jelas dan “political will” yang kuat daripada kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu tertentu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kewarganegaraan tiong king sing

Lucutkan Kewarganegaraan Tiong King Sing – Presiden BERJASA

Next Post
krisis sekuriti makanan

Krisis Sekuriti Makanan Negara Makin Membarah, Sektor Pertanian Rugi RM16 Juta Akibat Banjir

Related Posts