Kerajaan Perlu Bertindak Serius Tangani Isu Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Kenderaan Berat

kemalangan jalan raya

Malaysia boleh dikatakan hampir setiap hari dihidangkan dengan berita yang memaparkan tragedi kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat.

Malahan yang terbaharu pada hari semalam berlakunya tragedi kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.

Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu melibatkan sebuah bas persiaran dengan 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Mangsa yang terbunuh dalam nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan seperti yang dimaklumkan oleh Pengarah JBPM Melaka Mohd Pisar Aziz.

Menurut laporan, punca kemalangan itu berlaku disebabkan oleh tayar treler yang tercabut dan berada di bahagian tengah lebuh raya.

Bas yang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan tersebut telah hilang kawalan dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan apabila terlanggar tayar tersebut.

Statistik Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Lori Meningkat

Terbaharu, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tragedi membabitkan kenderaan berat di mana 825 lori terlibat kemalangan maut dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kemalangan membabitkan kenderaan berat itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 17,905 kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut dari Januari hingga Oktober lalu.

Sebelum berlakunya tragedi kemalangan maut malam tadi ini, sudah berlakunya kemalangan lain yang melibatkan lori iaitu pada Sabtu lalu apabila sebuah kereta berdepan detik cemas telah merempuh sebiji tayar daripada treler yang dicabut di Kilometer (KM) 14, Jalan Jerantut-Maran-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Salan di Jerantut.

Jika diperincikan satu-satu kes kemalangan melibatkan lori, amat banyak untuk diterangkan dan telah memakan korban banyak nyawa daripada dahulu lagi.

Namun hingga kini masih tiada lagi langkah yang serius untuk menyelesaikan isu ini walaupun sudah lama berlaku.

Kerajaan Patut Ambil Tindakan Agresif Selesaikan Isu Ini

Tindakan ataupun langkah yang agresif patut sudah lama diambil oleh kerajaan bagi memastikan kejadian berdarah yang sama tidak berulang lagi.

Isu yang dibiarkan tanpa adanya penyelesaian ini akan mencalarkan imej sektor pengangkutan dalam negara kerana ramai pihak awam sejak kebelakangan ini sudah menganggap pemandu kenderaan berat ini sebagai “pembunuh” di jalan raya mahupun lebuh raya.

Semestinya tuduhan dan gelaran itu akan menyebabkan pemandu kenderaan berat terguris hati kerana tidak semua daripada mereka ini memandu dalam keadaan yang lewa.

Kemarahan pihak awam sudah tidak boleh dibendung kerana mereka sudah lali mendengar berita nyawa yang tidak berdosa diancam di atas jalan raya.

Maka persoalannya apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu ini dengan berkesan?

Adakah wujudnya unsur rasuah yang membenarkan kenderaan berat yang tidak selamat untuk berada di atas jalan raya bebas dipandu bersama kenderaan lain?

Jika benar, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menghapuskan sindiket ini dengan sekeras-kerasnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
permohonan mypr

Wujud Sindiket Penipuan Permohonan MyPR Di Malaysia

Next Post
kemalangan jalan raya di malaysia

Perkhidmatan Sewa Rim & Tayar Lori Menyumbang Kepada Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia?

Related Posts