Adakah Guan Eng Cuba Nyatakan Pakatan Harapan Sokong Tajaan Arak?

guan eng arak

BANGI – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng tampil lantang dengan membidas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya tidak menjadi seperti ‘menteri pendidikan PAS’ dalam isu kutipan dana pendidikan Cina. Kenyataan Guan Eng ini timbul selepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menerangkan kepada Kabinet mengenai isu tajaan arak di sekolah Cina ini.

Tegas Guan Eng, kenyataan Fadhlina agak keras dan mengingatkan beliau untuk mempertimbang kembali pendirian beliau dalam isu tajaan syarikat arak kepada sekolah Cina.

Sebelum ini, Fadhlina menegaskan bahawa semua sekolah yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu patuh kepada garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.

Garis panduan tersebut termasuk larangan memapar atau mempromosi minuman keras di dalam sekolah.

Guan Eng sepatutnya sedar bahawa institusi pendidikan merupakan institusi yang mulia untuk menimba ilmu dan perlu dijauhkan daripada segala unsur yang dikhuatiri boleh merosakkan fizikal dan mental pelajar.

Selain itu, beliau juga tidak perlu sombong dengan melarang ahli-ahli politik Melayu untuk mengulas mengenai isu ini kerana beranggapan urusan ini melibatkan kaum Cina sahaja bukannya berkaitan dengan Melayu dan Islam. Hal ini bermaksud segala urusan melibatkan pendidikan Cina termasuk penerimaan tajaan arak tidak boleh diganggu gugat.

Untuk pengetahuan Guan Eng, Fadhlina Sidek mengeluarkan kenyataan di atas kapasiti selaku Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan semua sekolah, warga pendidik dan murid daripada perkara yang dilaranmg seperti rokok, judi dan arak.

Kenyataan Guan Eng dalam isu arak ini juga dilihat amat menjengkelkan apabila mengatakan Fadhlina Sidek perlu mewakili Pakatan Harapan yang menonjolkan imej kerajaan perpaduan dan seluruh negara.

Jadi adakah Guan Eng cuba menyatakan selama ini Pakatan Harapan menyokong industri perniagaan arak dan menganggap tajaan syarikat arak ke sekolah tiada masalah?

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam dan mengenepikan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan selama ini.

Terdahulu, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu didapati telah bergambar bersama sebuah mock check sumbangan syarikat Tiger kepada SJKC Tche Min berjumlah RM 3,175,034.88.

YB Datuk Hajah Aiman Athirah telah memenuhi undangan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tche Min ke Konsert Amal Pendidikan bagi membuat kutipan membina Dewan Sekolah SJKC Tche Min yang telah ditubuhkan 30 tahun yang lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil Exco Negeri Selangor, YB Ng Suee Lim dan turut di hadir oleh YB ADUN Sungai Pelek YB Lwi Kian Keong.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
suhakam bantah

SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Pembunuh Zulfarhan, Apa SUHAKAM Ingin Sebenarnya?

Next Post
lim guan eng

Guan Eng Jangan Biadab, Islam Untuk Semua Bukan Untuk PAS Sahaja

Related Posts