BERJASA Johor Tolak cadangan buka kedutaan israel di malaysia

JOHOR BHARU – BERJASA Johor dengan sekerasnya mengecam dan menolak cadangan untuk membuka kedutaan Israel di Malaysia seperti yang dicadangkan oleh seorang rakyat Malaysia yang bernama Victor Yong Jen Ong. Respon ini dibuat susulan tularnya video temu ramah antara Victor dengan seorang personaliti internet asal Israel, Hananya Naftali di Twitter. Hasil selidikan daripada Gelombang BERJASA, video temu ramah itu sebenarnya dirakam pada 2021.

Ketua Pehubungan BERJASA Johor, Mohd Izzul Hafizuddin secara jelas mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Victor itu yang tidak mewakili langsung semangat solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin. Beliau berpendapat cadangan Victor itu sebagai cadangan yang tidak bijak kerana Malaysia sememangnya tiada langsung hubungan diplomatik dengan Israel dan lantang mengecam tindakan kekejaman rejim Zionis itu.

“Malaysia juga tidak mengiktiraf Hamas sebagai pengganas malahan kita bersolidariti dengan perjuangan mereka untuk memperjuangkan tanah yang berdaulat. Menerima kedutaan Israel di Malaysia sama seperti menerima segala pembunuhan kejam dan penjajahan yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin”, tegas beliau.

Menurut rekod, ini bukan pertama kali Hananya Naftali mencetuskan kontroversi di alam maya. Bulan lalu, Hananya sempat mengakui telah menasihati Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyerang Hospital Al-Ahli di Gaza sebelum memadam pernyataan itu di Twitter.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wajar Naikkan Elaun Guru KAFA, Setara Gaji Minimum

Next Post

Saranan Tun Mahathir Wajar, Rasional

Related Posts