Shah Alam – Selepas berpuluh tahun, gaya politik negara kita masih berlegar- legar di sekitar sikap dan cara yang sama, iaitu politik kepartian yang jumud.
Hal ini dapat dilihat melalui contoh apabila kita mengkritik kerajaan atau mempertikaikan beberapa tindakan kerajaan, ingin dipersoalkan berkenaan sikap pendokong-pendokong kerajaan yang menggelupur dan terlalu bersikap defensif.
Pengkritik itu terus dihentam secara agresif dan dicop sebagai penyokong parti pembangkang iaitu di pihak Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff berpendapat hak untuk mengkritik adalah hak umum selagi ia tidak dilakukan secara melampau dan melanggar batas kehormatan. Adakah mereka lupa bahawa semua figura- figura dalam kerajaan sekarang adalah juara kritik sejak dahulu dengan tindakan mereka melakukan pelbagai demonstrasi sehingga menyebabkan huru-hara dalam negara.
“Tindakan PMX iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggelar dan melabel ahli UMNO yang mengundi PN pada PRN akan datang sebagai pengkhianat menampakkan beliau tidak meraikan langsung soal kebebasan demokrasi. Malahan kerajaan di bawah pimpinannya juga mengeluarkan ugutan kepada sesiapa yang menyentuh isu 3R – royal, race, religion sedangkan mereka dahulunya juga menyentuh isu ini sebagai bahan politik murahan”.
“Sekian banyak kenyataan – kenyataan perkauman dan kurang ajar lagi biadap dari pihak mereka khususnya DAP dan pendokong- pendokong mereka, masih tiada sebarang tindakan tegas, dan tiada sebarang permohonan maaf hingga kini”, tegas beliau.
Dalam isu- isu yang terkini dalam negara, isu kos sara hidup, isu nilai ringgit, isu inflasi import, isu keselamatan negara, isu pendidikan, kenapa kritikan -kritikan rakyat, dibalas dengan “denial syndrom” yang teruk. Dengan poster JKOM mewakili Kerajaan Madani yang seolah- olah dibuat oleh budak sekolah yang naif, tidak menjawab dan menyelesaikan isu pokok.
“Sebagai seorang pembayar cukai berpuluh ribu setahun, rasanya saya berhak mengkritik tindakan -tindakan kerajaan yang bersifat wayang, dan populis”.
“Kritikan kerajaan yang saya ingin buat asasnya. Contohnya, baru-baru ini tiba- tiba sahaja PMX sudah umumkan pembelian berpuluh – puluh satelit dengan vendor dari luar . Apakah begini urusniaga dan pengurusan, tatakelola dan tatacara perbendaharaan negara yang dikatakan berintegriti dan madani?”
“Sedangkan jawatankuasa surau ingin membeli barang, makanan, dan apa saja pun ada prosedurnya. Persatuan taman, ingin beli apa- apa pun ada prosedurnya. Jadi di sini kerajaan perlu fokus apa prosedur pembelian ini”, jelas beliau.
Tambahnya lagi, beliau mempersoalkan berkenaan keputusan kerajaan membeli satelit daripada Elon Musk kerana ia perlu diikuti dengan pertimbangan lokasi pemasangan dan kebersediaan infra.
“Ground communication dan fasiliti, manpower sudah disediakan ataupun belum? Sudah kaji ke lokasi pemasangan sesuai ataupun tidak? Elevation, atmosphere, geogrpahical position,possible interference, pengurusan dan lain- lain. Adakah kerajaan ingat dengan memacak satelit segalanya telah siap?
“Satelit GEO (geostationary orbit satellites) dan satelit MEO ( medium earth orbit satellites) pun sudah begitu kompleks. Apatah lagi satelit LEO (low earth orbit satellites) – satelit LEO perlukan lebih banyak satelit utk diuruskan dalam satu-satu masa berbanding satelit GEO”, persoal beliau.
Saya secara peribadi merasakan Kerajaan Madani ini semakin hilang arah. Semakin jauh dari semangat Madani dan yang tinggal hanya laungan – laungan retorik yang tidak mengesani segenap lapisan masyarakat.
Kita kritik kerana ini adalah negara kita. Ini masa depan kita. Atas dasar sayangkan negara, kita bertindak dan bersuara.