Ideologi Songsang Tiada Hak – Ir Ts Lukman

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Bangi – Hak sepatutnya diperjuangkan oleh golongan yang benar dan ditempatkan di tempat yang betul bukannya oleh orang yang keliru dengan identiti sendiri.

Itu kata-kata tegas daripada Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim atas respon beliau terhadap perarakan aktivis LGBTQ yang baru berlangsung pada pagi semalam di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur.

Beliau menambah lagi dalam kenyataannya, golongan aktivis LGBTQ ini hanya menumpang sentimen wanita pada Hari Wanita Sedunia sedangkan tujuan asalnya adalah untuk mempromosikan idelogi songsang itu semata-mata.

“Hari Wanita Sedunia diadakan adalah untuk mengangkat dan memperjuangkan hak wanita tulen yang sebahagian wanita ada dipinggirkan untuk mendapatkan kepada akses pendikan dan ekonomi sebelum ini”.

“Menjadi persoalan yang besar golongan LGBTQ ini turut serta dalam perarakan itu dengan tanpa segan silu menggunakan tanda pagar #WomensMarchMY”?

“Jantina rasmi yang diiktiraf hanya lelaki dan wanita tiadanya jantina lesbian, gay dan homoseksual”.

Tegas beliau lagi, kerajaan sepatutnya mencegah ideologi ini daripada terus berkembang kerana konsep madani yang sebetulnya adalah peradaban yang sihat dan sejahtera.

Jika benar kerajaan ingin membawa konsep Malaysia Madani seperti yang dilaungkan oleh mereka, idelogi sebegini tidak sepatutnya disebarkan kepada masyarakat umum kerana ia hanya akan merosakkan kehidupan yang masyarakat yang sejahtera.

Baru-baru ini sebahagian aktivis LGBTQ telah berarak secara beramai-ramai di hadapan Kompleks Sogo dengan mengangkat beberapa slogan dan bendera yang terang-terangan memperjuangkan ideologi songsang LGBTQ.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Kaslawati Kassim BERJASA

Perhimpunan LGBTQ: Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penganjur – Kaslawati

Next Post
Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah

Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Kanak-Kanak – Dr Fadilah

Related Posts