Tuntutan Hak Palestin Perlu Terus Disuarakan Kepada Pemimpin Dunia

SHAH ALAM – Umat Islam perlu sentiasa menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang masih terkepung di Gaza manakala kerajaan Malaysia pula bersikap lebih tegas dalam menyeru pemimpin dunia dan Islam bersama-sama menekan rejim Zionis yang secara terang-terangan melanggar undang-undang peperangan antarabangsa.

Demikian seruan oleh Ustaz Fauzi Asmuni, Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) yang melihat perjuangan pembebasan Palestin untuk menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat masih panjang serta memerlukan sokongan ramai pihak. Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu konsisten berada di belakang rakyat Palestin kerana ia melibatkan soal isu akidah manakala masyarakat bukan Islam pula boleh bersolidariti atas dasar kemanusiaan.

“Palestin adalah merupakan sebuah negara yang terjajah di zaman moden dan secara lahiriahnya kita perlu menolak segala bentuk penjajahan. Maka masyarakat Islam dan bukan Islam perlu bekerjasama dalam menamatkan penjajahan ini.”

“Sekarang ini rakyat Palestin di Gaza bukan sahaja berhadapan dengan kekejaman tentera rejim Zionis malahan akan berhadapan dengan cabaran musim sejuk yang bakal kunjung sebentar nanti. Dengan saluran bantuan kemanusiaan yang terhad untuk dihantar ke sana, kita khuatir ini akan menjurus kepada isu kesihatan yang serius”, jelas beliau.

Beliau ditemui sewaktu program 11 Minit Untuk Mu Palestin anjuran GSPP bertempat di Dewan MBSA, Shah Alam yang dibuat bagi bersolidariti di atas nasib rakyat Palestin yang hidup dalam serba kekurangan termasuk terputus bekalan elektrik. Bersama beliau juga adalah Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif dan Ketua Perhubungan BERJASA Negeri Selangor, Ustaz Annuar Salleh.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sikap negara Islam Mengecewakan

Next Post

Kerajaan Perlu Segera Campur Tangan Desak Bekalan Disalurkan Ke Hospital Di Gaza

Related Posts