Kerajaan Perlu Segera Campur Tangan Desak Bekalan Disalurkan Ke Hospital Di Gaza

SHAH ALAM – Pemudi BERJASA mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis yang menyekat bantuan kepada penduduk Gaza sehingga menyebabkan enam bayi pramatang terbunuh di Hospital Al Shifa akibat ketiadaan bekalan oksigen dan elektrik. Bukan hanya menyekat bantuan, dunia menyaksikan sifat kebinatangan rejim penjajah yang jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengebom hospital serta menembak sesiapa yang berada diluarnya.

Ketua Pemudi BERJASA, Puan Azliza Rajiain berkata sejak lebih sebulan lalu, 4,008 kanak-kanak terbunuh manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang. Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza turut memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental mampu disediakan.

“Dimanakah suara OIC? Mengapa Liga Arab kelihatan terlalu lemah sehingga tiada satu resolusi mampu dicapai bagi membantu Palestin? Malah pemimpin – pemimpin negara Islam juga dilihat seperti tunduk menikus dengan pembunuhan besar-besaran ini?”

“Kerajaan Malaysia perlu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
OIC untuk segera campur tangan bagi membawa bahan api ke Semenanjung Gaza bagi meneruskan kembali operasi di hospital-hospital di wilayah tersebut”, terang beliau.

Dalam masa yang sama juga, beliau menggesa agar kerajaan untuk bersikap lebih proaktif untuk melobi negara-negara Islam agar lebih tegas dalam memberi tekanan kepada Israel dan negara sekutunya serta tidak tunduk dengan kekejaman rejim Zionis.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tuntutan Hak Palestin Perlu Terus Disuarakan Kepada Pemimpin Dunia

Next Post

OIC Lemah, lembik dan penakut

Related Posts