Sikap negara Islam Mengecewakan

TANJUNG MALIM – Perdana Menteri Malaysia telah tiba di Riyadh, Arab Saudi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Dalam status terbarunya di platform sosial media, beliau menyatakan harapannya agar sidang tersebut mencetuskan penyelesaian yang kukuh dan tegas terhadap kemelut kemanusiaan di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Bahkan ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Muhammad bin Abdulrahman bin Abdul Aziz, menandakan kepentingan serius dalam menangani konflik yang telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa di wilayah tersebut.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Islam Iran, TYT Seyyed Ebrahim Raisi, di sela-sela Sidang Kemuncak OIC ke-8 antara Negara-Negara Liga Arab dan Negara-Negara OIC. Dalam pertemuan tersebut, keduanya sebulat suara menyuarakan penentangan terhadap kekejaman berterusan yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Naib Ketua Pemuda dan Jaringan Antarabangsa BERJASA, Meor Azim berkata status Perdana Menteri ini turut mencerminkan bahawa beliau dan negara arab yang lain bersifat lemah, lesu, dan lemau di dalam tindakan yang lebih tegas. Buktinya, negara-negara Islam ini mengambil keputusan penakut dengan berlakunya penolakan lima usul penting oleh empat negara Arab, iaitu Saudi Arabia, Bahrain, Emirate, dan Morocco.

“Usul-usul yang ditolak tersebut antara lain mencadangkan langkah-langkah seperti mencegah penggunaan pangkalan ketenteraan untuk memasuki Israel, membekukan hubungan diplomatik, ekonomi, keamanan, dan ketenteraan dengan Israel, serta mengancam untuk menggunakan minyak dan kemampuan ekonomi Arab untuk memberi tekanan agar menghentikan keganasan”.

“Semua penolakan ini cukup mengecewakan. Kerana hakikatnya Pemimpin dunia Islam bermesyuarat dalam ‘istana’ dan bersetuju untuk tidak buat apa-apa terhadap nasib rakyat Palestin yang kini umpama haiwan penuh hina. Penolakan usul begini memberi petanda jelas bahawa tiada siapa nak bantu dan berikan senjata kepada Hamas”.

“Kalau demikian keadannya, apa pilihan Hamas? Bila terpaksa kerjasama dengan Iran yang Syiah ini, Pro Saudi selalu perkecilkan Hamas kerana ‘baik’ dgn Iran. Tapi mereka langsung tak rasa malu apabila mereka sendiri (Saudi) bernormalisasi dengan Israel”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya semua masyarakat dunia menjadi wakil kepada Hamas untuk mempertahankan negara mereka. Lakukan solidariti pelbagai dengan cara yang luar biasa dari sebelumnya. Hantarkan memorandum di seluruh kedutaan terlibat. Lakukan semua ini melangkaui parti tanda kita bersatu hati dalam isu umat ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BOIKOT Adalah Protes Aman, Mampu Tundukkan Kapitalis

Next Post

Tuntutan Hak Palestin Perlu Terus Disuarakan Kepada Pemimpin Dunia

Related Posts