Trend Harga Di Malaysia Makin Mahal

trend harga

KUALA LUMPUR – Trend harga di Malaysia menunjukkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024. Peningkatan trend harga ini dicatatkan selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.

Walaubagaimanapun, inflasi pada Mac 2024 bagaimanapun stabil pada 1.8 peratus menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 4/2024.

“Sementara itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024, memulih daripada negatif 0.6 peratus pada Januari 2024”.

“Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan 6.0 peratus dalam sektor Pertanian, perhutanan & perikanan (berbanding 3.2% pada Januari 2024), bersama dengan kenaikan dalam sektor Perlombongan, Bekalan air serta Bekalan elektrik & gas.

“Walau bagaimanapun, sektor Pembuatan terus menurun sebanyak 0.7 peratus (berbanding -0.9% pada Januari 2024). Pada Mac 2024, IHPR meningkat sebanyak 1.6 peratus,” kata DOSM.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 2.0 peratus, mencecah 112.7 mata pada Februari 2024 berbanding 110.5 mata pada tahun sebelumnya.

Katanya, pertumbuhan konsisten dalam tempoh tiga bulan ini menggambarkan prospek ekonomi yang positif bagi suku kedua 2024, didorong oleh peningkatan dalam Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (28.0%) dan Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (9.9%).

“Selepas 16 bulan di bawah trend, kadar pertumbuhan IP terlicin kembali melebihi trend 100.0 mata pada Februari 2024, menunjukkan ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik pada masa hadapan, dirangsang oleh pertumbuhan domestik dan perbelanjaan isi rumah yang berterusan,” jelasnya.

Jelas Mohd Uzir, laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang diterbitkan oleh IMF dalam edisi April 2024 meramalkan pertumbuhan ekonomi global yang konsisten sebanyak 3.2 peratus untuk 2024 dan 2025, selari dengan kadar tahun sebelumnya.

Katanya, ekonomi negara maju diunjur mencatatkan pertumbuhan marginal, manakala ekonomi negara pasaran baharu dan membangun dijangka mengalami pertumbuhan lebih perlahan daripada 4.3 peratus pada 2023 kepada 4.2 peratus pada kedua-dua tahun 2024 dan 2025.

“Bagi sudut Malaysia, anggaran pertumbuhan KDNK awalan untuk suku pertama 2024 meningkat sebanyak 3.9 peratus, mencatatkan kenaikan daripada 3.0 peratus berbanding yang direkodkan pada suku sebelumnya.

“Pertumbuhan tersebut didorong terutamanya oleh sektor Perkhidmatan, dengan peningkatan yang ketara diperhatikan dalam semua sektor utama,” ujarnya.

SUMBER – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
sumber nadir bumi

Sumber Nadir Bumi: Malaysia Berpotensi Jadi kuasa Besar Dunia

Next Post
syarikat mineral

Malaysia Berpotensi Untuk Tubuhkan Syarikat mineral Nasional

Related Posts