Malaysia Berpotensi Untuk Tubuhkan Syarikat mineral Nasional

syarikat mineral

IPOH – Kerajaan seakan memberi bayangan Malaysia mampu menubuhkan syarikat mineral nasional yang bertanggungjawab untuk meneroka dan mengawal selia industri sumber nadir bumi (REE). Memandangkan Malaysia mempunyai nilai rizab sumber sebanyak RM1 trillion, penubuhan syarikat mineral yang mempunyai autoriti ini mampu membantu kerajaan untuk menguruskan sumber ini dengan baik.

Namun begitu, langkah awal yang perlu dibuat oleh kerajaan ialah meminda terlebih dahulu Akta Pembangunan Mineral 1994 dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE).

Demikian tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menegaskan kerangka perundangan adalah perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbincangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka REE diteruskan.

Beliau berpendapat idea penubuhan syarikat GLC berkaitan penerokaan REE ini nombor dua kerana asasnya adalah perlu meminda undang-undang itu sendiri dahulu.

“Selepas itu kita nak buat GLC, sektor swasta atau mengeluarkan tender, kita boleh bincang tetapi perkara pertama yang kita kena ada ialah kerangka perundangan”.

“Jadi kita rasa kalau nak harapkan Akta Pembangunan Mineral mungkin ada beberapa aspek yang perlu kita pinda untuk memenuhi keperluan REE”, kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan pertemuan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) dengan tiga kementerian bagi membincangkan pembangunan kerangka model perniagaan REE negara, baru-baru ini.

SUMBER – Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
trend harga

Trend Harga Di Malaysia Makin Mahal

Next Post
pelancong china

Satu Juta Pelancong China Disasarkan Datang Ke Melaka

Related Posts