Negara Di Landasan Yang Salah: Ini Pendapat Rakyat Malaysia

Malaysia

KUALA LUMPUR – Tinjauan yang dilakukan oleh Ipsos Malaysia yang merupakan syarikat penyelidikan pasaran global dan pendapat umum, mendapati populasi rakyat Malaysia negara berada di landasan yang salah telah meningkat. Hal ini dapat dibuktikan melalui peratusan yang meningkat daripada 43 peratus pada Februari 2024 kepada 47 peratus pada Mac 2024.

Berbeza dengan peratusan yang mengatakan Malaysia berada di landasan yang terbaik. Ia menunjukkan penurunan sebanyak 4 peratus daripada 57 peratus pada Februari 2024 kepada 53 peratus pada Mac 2024.

Memang jelas terbukti wujudnya kelompok rakyat yang tidak meyakini akan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang sekarang. Ditambah dengan kekusutan situasi ekonomi semasa, rakyat juga seakan sudah seakan hilang keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan kini.

Bukan itu sahaja malahan dapatan kaji selidik ini juga menggariskan beberapa elemen seperti korupsi, inflasi dan pengangguran yang memperlihatkan faktor kepada hilangnya ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Hasil data menunjukkan isu rasuah dan korupsi sebagai petunjuk yang jelas dalam menggambarkan kebimbangan utama oleh rakyat.

Walaubagaimanapun, kerajaan masih dengan lagaknya berkata mereka mampu mengatasi masalah ekonomi dengan harapan rakyat kekal memberi sokongan kepada mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
perpaduan kaum

Idea Fahmi Fadzil Bukan Penyelesai Masalah Perpaduan Kaum

Next Post
PRK KKB

BERJASA Sokong PN Untuk PRK KKB

Related Posts