Susuk Tubuh Wakil Rakyat BERJASA

Seluruh rakyat Malaysia mengimpikan susuk tubuh wakil rakyat yang bukan sahaja berkarisma malah hebat mengharumkan nama negara ke persada dunia.

BERJASA menekankan dua aspek penting dalam mengetengahkan ciri-ciri pemimpin yang ideal bagi menerajui kepimpinan baharu Malaysia. Dua aspek tersebut ialah seorang wakil rakyat mestilah seorang yang berkhidmat dan berwibawa.

Pertama, susuk tubuh wakil rakyat impian kita adalah mereka yang boleh memberi khidmat bakti sepenuh jiwa dan raga kepada masyarakat. Ciri-ciri penting bagi wakil rakyat yang berkhidmat ialah mereka tiada langsung agenda peribadi. Mereka tinggi integriti dan amanah dalam melaksanakan kerja.

Wakil rakyat yang berkhidmat bukan sahaja mampu mendengar masalah rakyat dengan penuh empati malah mampu memberi solusi dengan bijaksana dan tidak sombong menerima pendapat daripada mereka yang lebih arif.

Kedua, susuk tubuh wakil rakyat yang berwibawa. Seringkali BERJASA melaungkan aspek ini untuk memilih kepimpinan yang berwibawa. Namun, adakah wibawa itu cukup sekadar bijak berbicara sahaja? Sudah pasti tidak.

Pemimpin yang berwibawa adalah mereka yang berintegriti dan bebas salah laku. BERJASA amat komited dengan apa yang kami laungkan dan kami buktikan dengan barisan calon yang bebas salah laku semasa PRU15. Harapan untuk melihat lanskap politik negara ini bertukar kepada yang lebih baik akan terus diperjuangkan sehingga nyawa terpisah dari badan.

Pemimpin yang berwibawa juga adalah mereka yang mempunyai kelayakan akademik. Kepakaran mereka sesuai dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Hal ini membuatkan isu dan permasalahan rakyat dan negara dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Seterusnya, sudah pasti pemimpin yang menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai mana telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, pemimpin wibawa perlu fasih berbahasa Melayu dan bangga menuturkan Bahasa Melayu walau dimana beliau berada.

Akhir sekali, pemimpin berwibawa perlu mahir berkomunikasi dan berketrampilan tinggi. Mereka tidak mudah melatah malah sangat matang dalam menguruskan situasi penting terutama apabila mereka turun padang menyantuni rakyat.

Justeru, BERJASA mengangkat barisan kepimpinan yang berkhidmat dan berwibawa demi mengangkat agenda nasional Malaysia Unggul 2040 yang sudah semestinya tidak mustahil untuk direalisasikan.

Basyirah Yasin

NASTRACOM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA atau parti BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Subsidi Diesel Bersasar Tidak Cukup Untuk Turunkan Harga Barang

Next Post

Berpegang Kepada Identiti Nasional Demi Perpaduan Kaum

Related Posts