Isu Stokin Kalimah Allah: MCA Yang Konon Berlagak Hero

isu stokin kalimah allah

Artikel ini ditulis sebagai satu respon kepada kenyataan di Facebook milik Setiausaha Agong MCA, Chong Sin Woon yang menegaskan untuk tidak memperbesar-besarkan isu stokin kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart. Pemimpin MCA ini juga tegaskan isu stokin kalimah Allah ini tidak perlu menjurus kepada tindakan balas dengan mengancam untuk memboikot KK Mart atas alasan ekonomi rakyat tempatan akan terjejas.

Sebelum ini parti MCA sering menegaskan bahawa mereka amat meraikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi rupanya itu hanya mainan politik mereka sahaja.

Dalam melibatkan isu sekolah vernakular, MCA dengan berani mempertahankan sekolah vernakular dengan alasan ingin memelihara budaya Cina. Kini, MCA ingin berlagak hero untuk menggesa pemimpin Melayu agar tidak agresif dalam bertindak balas terhadap KK Mart.

Chong Sin Woon sebagai rakyat Malaysia yang keluarganya juga sudah tinggal di sini bergenerasi lamanya perlu faham mengenai tingginya Allah SWT di sisi umat Islam. Majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan Islam sudah diamalkan berabad lamanya sebelum negara Malaysia ini terbentuk lagi.

Sensitiviti agama melibatkan penghinaan terhadap Islam dan penganutnya tidak wajar dipandang enteng kerana agama itu tinggi nilainya bukan sahaja kepada orang Melayu malahan kaum lain juga. Agak dangkal apabila sudah lama tinggal di Malaysia namun masih tidak cakna tentang sensitiviti agama kaum lain.

Kekhuatiran itu hanya berlandaskan kepada ekonomi semata-mata bukannya atas sebab yang lain. Kenyataan itu seakan menggambarkan Chong Sin Woon tidak melihat isu ini sebagai satu isu yang besar dan serius.

Persoalan yang terakhir yang ingin ditujukan kepada Chong Sin Woon, tidak cukup lagikah orang Melayu berkorban setelah dihina?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kantin sekolah

Sibuk Dengan Kantin Sekolah, Isu Kelas Sesak Dilupakan

Next Post
farhash wafa salvador

Farhash Wafa Salvador: Membina Kekayaan Melalui Politik?

Related Posts