Subsidi Diesel Bersasar Tidak Cukup Untuk Turunkan Harga Barang

Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Shah Alam – Kerajaan bercadang untuk melaksanakan subsidi secara bersasar untuk diesel pada tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman berkata ia satu cadangan yang baik namun ia tidak cukup dalam usaha oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang.

Beliau menjelaskan demikian kerana penggunaan diesel banyak dipakai oleh kenderaan berat seperti lori yang mengangkat bahan-bahan mentah terutamanya barang makanan.

“Bagi saya ini satu idea yang reaktif daripada kerajaan dalam melihat isu kenaikan kos sara hidup kini. Namun saya tidak merasakan harga barang akan turun melalui kaedah ini”.

“Saya berpendapat sedemikian kerana kita perlu faham bahawa pasaran kita dikuasasi oleh kapitalis. Mereka akan lebih mengutamakan keuntungan dengan sanggup menggunakan lori lama yang banyak kerosakan. Jadi apa gunanya jika diesel disubsidikan namun lori perlukan kos yang tinggi untuk baik pulih? Maka harga barang sukar untuk turun”.

“Jadi saya ingin cadangkan agar kerajaan lebih memperkasakan atau mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam kerana kosnya lebih efisien”, tegas beliau.

Beliau mengambil contoh daripada pengangkutan kereta api East Coast Rail Link (ECRL) yang menyediakan pengangkutan kargo untuk membawa barang dagang daripada Pelabuhan Klang ke Pantai Timur.

Kos masa dapat dijimatkan kerana menggunakan pengangkutan yang berkualiti tinggi dan harga barang juga tidak terjejas.

Beliau juga mencadangkan agar pemberian subsidi diesel secara bersasar dapat dijalankan dengan telus kerana khuatir ia bocor atau diseludup ke negara jiran.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Kini Tidak Kukuh & Bercelaru

Next Post

Susuk Tubuh Wakil Rakyat BERJASA

Related Posts