Sudah Masanya Wanita Didik Anak mereka Jadi pejuang

SHAH ALAM – Sudah tiba masanya untuk wanita Malaysia mendidik anak-anak mereka secara serius untuk menjadi seorang pejuang. Pejuang yang dimaksudkan di sini ialah pejuang yang berani mempertahankan tanah airnya. Pejuang yang akan dilahirkan oleh golongan ini juga akan menjadi pemimpin yang meneraju negara dengan ikhlas dan kuat.

Demikian respon dan harapan yang diluahkan oleh Timbalan Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Umi Kalsom sejurus selesainya program Wacana Impian Nasional: Wanita, Palestin dan Impian Kita yang berlangsung di Dewan Serbaguna PPAS, Shah Alam pada Ahad yang lepas. Beliau dalam hantaran di Facebooknya berkata didikan anak yang betul daripada wanita yang bergelar ibu akan membentuk seorang insan yang taat setia kepada agama dan tanah air.

Memetik kalimat yang diucapkan oleh Imam As Syahid Hassan Al Banna, Islam adalah cara hidup yang syumul meliputi seluruh kehidupan maka ia adalah negara dan tanah air ataupun kerajaan dan rakyat. Ia juga akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia juga thafaqah dan qanun atau ilmu dan perundangan. Ia juga kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan. Ia juga jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah akidah yang sebenar dan ibadah yang sahih.

Dalam masa yang sama juga, beliau menyeru kepada semua golongan ibu untuk menggalas amanah yang berat dalam melahirkan pejuang ini. Contoh yang baik boleh diambil daripad ketabahan wanita Palestin yang teguh mempersiapkan anak-anak mereka untuk berjuang dalam menuntut pembebasan Palestin.

Dahulunya mereka hanya melontar batu namun kini mereka sudah mempunyai pasukan ketenteraan yang lengkap dalam menghadapi saingan rejim Zionis. Mereka tidak pernah takut untuk melawan musuh bahkan terus menunjukkan penentangan yang tidak berbelah bahagi demi agama dan tanah air.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Negeri Sembilan Lulus SOP Perlombongan REE, Dimajukan Oleh Syarikat China

Next Post

Lebih 500,000 ‘menganggur’ di malaysia

Related Posts