Lebih 500,000 ‘menganggur’ di malaysia

KUALA LUMPUR – Jumlah pekerja asing yang ‘menganggur’ atau langsung tidak diupah oleh mana-mana majikan dan bekerja dalam bidang bukan sektor dibenarkan di negara ini didapati kini menjangkau lebih 500,000 orang. Meskipun mereka masuk secara sah dan sepatutnya sudah berkhidmat dalam lima sektor dibenarkan kerajaan, bagaimanapun ia tidak berlaku sekali gus memaksa mereka ‘berkeliaran’ dalam koloni pekerja asing di seluruh negara.

Keadaan ini menimbulkan risiko kepada peningkatan beban sosial dan masalah keselamatan negara, kerana pekerja asing yang menganggur sememangnya mempunyai akses kepada infra dan sumber sosial negara seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan serta mungkin terdedah kepada aktiviti-aktiviti haram yang boleh memberi risiko kepada keselamatan negara.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair, berkata kebanyakan pekerja asing yang menganggur adalah dari negara Asia Barat yang masuk melalui permintaan majikan di negara ini. Namun, beliau berkata, jumlah yang dibawa masuk berlebihan apabila majikan membuat permohonan jumlah pekerja asing yang diingini.

Beliau juga mengesyorkan supaya proses pengambilan pekerja asing ke dalam negara dijalankan sepenuhnya oleh ejen-ejen tempatan yang berlesen di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dengan mengikut garis panduan serta tatakelola yang ditetapkan oleh kementerian-kementerian yang terlibat.

Pada 4 Januari yang lalu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, agar mana-mana syarikat yang didapati membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan, perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.

Sumber: Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sudah Masanya Wanita Didik Anak mereka Jadi pejuang

Next Post

Tuduhan Rasuah YDPA Satu fitnah jahat oleh kerajaan

Related Posts