SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan sudah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Negeri Sembilan dianggarkan mempunyai sumber unsur nadir bumi (REE) dengan anggaran nilai RM30 bilion. Setakat ini, sumber REE di Negeri Sembilan tertumpu di daerah Jelebu dan Kuala Pilah. Selain itu, Pembangunan NR-REE bakal dilaksanakan dalam bentuk usaha sama diantara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan dan syarikat swasta.
Bagi perlaksanaan projek ini, MBI menjadikan China sebagai rujukan dan lebih mengutamakan kontraktor daripada China untuk melakukan kerja-kerja eksplorasi. Hal ini terbukti apabila Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong (Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan) bakal mengadakan lawatan ke China pada bulan ini bagi tujuan pembangunan NR-REE di Negeri Sembilan.
Melihat kepada trend pembangunan sumber unsur nadir bumi (REE) di Malaysia, Negeri Sembilan dijangka bakal mengikut jejak langkah Perak yang mengizinkan sumber nadir bumi dieksport oleh syarikat China ke negara China dan kemudian hanya menerima 12% kadar royalti hasil daripada penjualan NR-REE tersebut.
Sumber: Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute