SST Melambung Ke 8%, Ringgit Jatuh Konsisten, Peningkatan Kos Berterusan Bukti Kerajaan Tidak Kompeten

SHAH ALAM – Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 6% kepada 8% ternyata meresahkan banyak pihak. Keadaan ini pastinya memberikan impak yang besar kepada kenaikan kos sara hidup di kala mata wang Ringgit jatuh dan melemah. Pasti ramai pihak juga akan mempersoalkan tentang prestasi kerajaan yang dilihat langsung tidak kompeten dalam menguruskan ekonomi negara.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berpendapat rakyat pasti akan menerima kesan langsung selaku pengguna akhir dan menanggung peningakatan kos hasil dari cukai yang tidak efisyen. Menurut beliau kerajaan kelihatan tidak kompeten dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara dalam persekitaran yang mencabar.

Bukan itu sahaja, kerajaan hari ini juga tidak cekap dan tiada idea baharu yang meyakinkan dalam mengawal selia kejatuhan prestasi ekonomi negara yang berterusan hingga menyebabkan negara kehilangan lebih 50% pelaburan asing dan ia semakin merudum. Kini muncul pula ura-ura Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menggunakan dana rizab untuk pelan jangka pendek bertujuan untuk mengukuhkan nilai ringgit yang akhirnya akan membawa kepada ancaman serangan mata wang seperti yang berlaku pada tahun 1997.

“Kerajaan melaksanakan rombakan kabinet “wayang” yang langsung tidak memberikan impak besar kepada prestasi yang positif. Tanggungjawab untuk portfolio yang besar seperti Timbalan Menteri Kewangan pula diamanahkan kepada ahli keluarga Lim Kit Siang daripada parti DAP lulusan Sastera yang tidak mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan formal berkenaan ekonomi dan kewangan”.

“Apa yang kerajaan tahu hanya naikkan cukai, potong belanjawan, batalkan program untuk kesejahteraan rakyat akibat gagal tingkatkan pendapatan negara. Kesannya, cukai terpaksa dinaikkan lebih daripada kadar GST yang mereka bantah dahulu serta lebih memburukkan keadaan, ketirisan cukai yang berlaku sebelum ini tidak dapat ditangani dengan sistem percukaian semasa yang tkurang efektif. Peningkatan langsung hasil pendapatan negara juga dijangka kurang memberangsangkan sekaligus tidak dapat mengatasi isu peningkatan kos sara hidup rakyat”, tegas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri Pelancongan Malaysia Paling Kontroversi

Next Post

Nilai Ringgit Rendah, Kos Import Naik

Related Posts