Perjanjian Damai Punca Kerajaan Mesir dan Jordan Berdiam Diri Dalam Isu Palestin – Nadir Al-Nuri

KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri Kerajaan Mesir dan Jordan ketika umat Islam di Palestin dibunuh dengan serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober disebabkan dua perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, Zionis Israel sangat licik hingga berjaya mengikat dua negara Timur Tengah itu melalui perjanjian damai menyebabkan mereka tidak boleh campur tangan.

“Kenapa negara-negara sekeliling tidak membantu khususnya Mesir dan Jordan, sebab orang Israel ini pandai, dia dah ikat negara-negara tersebut sejak dari awal.

“Mesir tak boleh masuk campur sebab dia sudah tandatangan Perjanjian Kem David pada 197, manakala Jordan pula sudah tandatangan Perjanjian Wadi Araba pada 1994,” katanya pada program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette di Datum Jelatek, di sini, malam ini.

Tambah beliau, hanya dua negara di utara Timur Tengah sahaja yang boleh diharapkan untuk membantu rakyat Palestin, antaranya Lubnan dan Syria.

“Negara-negara yang boleh diharapkan sedikit untuk membantu pada ketika ini sebenarnya negara Lubnan yang berada di sebelah utara dan sebelahnya ada Syria.

“Kedua-dua negara ini, walaupun dia tak lancarkan roket mereka secara langsung dan habis-habisan ke atas Israel, namun mereka ada mainkan peranan.

“Sekurang-kurangnya mereka membenarkan mujahidin Palestin yang berada dalam kawasan tersebut untuk melepaskan roket-roket yang ada,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel Bunuh Diri Akibat Trauma Perang, Kecewa Dengan Kementerian Tentera darat Israel

Next Post

Wanita bERJASA Perak Anjur 3000 Langkah Wanita Bersama Palestin

Related Posts