Kerajaan Masih Belum Ada Solusi Untuk Pembelian Minyak Masak Paket Subsidi

minyak masak paket subsidi

Kerajaan dalam kenayataannya menjelaskan bahawa hingga kini mereka masih belum ada solusi tuntas bagi mekanisme penyaluran ataupun pembelian minyak masak paket subsidi.

Hal ini ditegaskan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh apabila diminta untuk mengulas mengenai isu minyak masak paket bersubsidi.

Beliau menegaskan kerajaan amat komited dalam memastikan barangan terkawal seperti minyak masak paket bersubsidi hanya boleh dinimati oleh golongan yang layak sahaja.

Secara prinsipnya subsidi dalam bentuk minyak masak paket hanya boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja bukannya warga asing.

Dalam konteks untuk warga Malaysia pula, hanya rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40 sahaja layak menikmati pembelian ini dan tidak boleh digunakan untuk premis perniagaan.

Elakkan Minyak Masak Paket Subsidi Diseleweng Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

Kerajaan sebenarnya perlu pantas dalam mendatangkan solusi terbaik untuk memastikan minyak masak paket bersubsidi hanya boleh dibeli oleh golongan yang layak sahaja.

Sebelum ini kerajaan pernah mempertimbangkan untuk menyediakan sistem kad pengenalan khas bagi pembelian barang bersubsidi yang seakan sama langkahnya untuk membeli petrol RON95 di stesen minyak.

Selain itu ada juga cadangan yang mahukan kerajaan melaksanakan bantuan kewangan untuk membeli barang bersubsidi namun hingga kini kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Isu berkenaan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi ini bukan sesuatu yang baharu malahan sudah berlaku bertahun lamanya.

Pada awal tahun ini iaitu 9 Januari 2025 pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping yang didapati menjual minyak masak paket 1 kg hanya kepada pelanggan tertentu.

Di Pahang pula KPDN telah menemui 112 kg minyak masak paket dalam serbuan di sebuah restoran didakwa menggunakan barang bersubsidi itu untuk menjalankan perniagaan.

Malahan ada juga yang menjual minyak masak paket bersubsidi ini kepada warga asing demi mengautkan keuntungan yang melampau.

Pihak berkuasa juga ada memaklumkan bahawa terdapat segelintir pengusaha premis makanan yang menggunakan helah menyimpan minyak masak paket ke dalam botol berkapasiti lima kilogram untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
malaysia my second home program

Ejen Perumahan Program Malaysia My Second Home Hina Orang Melayu Malas

Next Post
ron97

Harga RON97 Dan Diesel Naik 5 Sen, Belum Turun Seperti Yang Anwar Janjikan

Related Posts