BERJASA Bantah Program Permohonan Kewarganegaraan Anjuran ADUN DAP

program mohon kewarganegaraan

SHAH ALAM – Program Permohonan Kerwarganegaraan yang dianjurkan oleh ADUN Stulang dan Ketua Pengimbang Johor daripada DAP iaitu Andrew Chen Kah Eng dan Penyelia Program Kewarganegaraan Pulau Pinang, Yeap Choon Keong nyata menimbulkan persoalan ramai pihak. Ramai pihak yang mempersoalkan apakah tujuan sebenar Program Permohonan Kewarganegaraan ini dianjurkan sama ada untuk memudahkan orang lain memohon kewarganegaraan Malaysia ataupun sebaliknya.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif tertanya-tanya mengenai kesasihan program ini. Beliau mempersoalkan adakah ini bermaksud terlalu ramai pihak yang tidak mempunyai status warganegara dan seterusnya boleh dimohon melalui individu ini? Beliau juga hairan siapakah pihak yang memberikan mereka kuasa untuk menguruskan hal berkaitan kewarganegaraan Malaysia ini.

Orang ramai termasuk ahli politik daripada DAP itu sepatutnya sudah jelas bahawa urusan berkaitan kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan perlu melalui proses yang betul. Beliau khuatir akan wujudnya unsur penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang berlaku di dalam program ini.

“Kewarganegaraan Malaysia adalah satu perkara sensitif. Sudah cukup negara melalui pelbagai isu berkaitan kewarganegaraan dari dulu hingga kini. Yang menghairankan saya, kenapa DAP begitu sibuk berkenaan hal ini? Siapa kelompok sasar mereka?”.

“Jika poster ini sahih, KDN wajib ambil tindakan terhadap penganjuran haram ini. Sesuatu yang begitu biadab untuk mereka cuba memandai-mandai campur tangan dalam urusan yang sudah sedia ada dikelola oleh pihak yang lebih beritegriti”, jelas beliau.

Sehingga kini, Andrew Chen Kah Eng dan Yeop Choon Keong masih belum memberikan sebarang respon mengenai isu ini.

Dalam sumber yang terbaharu juga, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terbabit dengan program permohonan kewarganegaraan yang tular di Facebook, hari ini.

JPN berkata, program itu bukan anjuran bersama pihaknya, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
bahasa melayu

Kamu Menentang Bahasa Melayu, Jangan Jadi Rakyat Malaysia! – Hamdan Sharif

Next Post
tanah rizab Melayu

Ubah Status Tanah Rizab Melayu Kepada Bukan Melayu, Bekas Exco Perak Dipanggil SPRM

Related Posts