BANGI – Tiong King Sing merupakan Menteri Pelancongan Malaysia paling kontroversi yang pernah Malaysia ada. Hal ini berikutan begitu banyak tindakan yang dibuat oleh Tiong King Sing menimbulkan kontroversi dan agak kurang popular seterusnya mencemarkan imej Menteri Pelancongan Malaysia itu sendiri dan kerajaan.
Demikian penegasan yang dibuat oleh Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim dalam mengulas isu melibatkan tindakan Tiong King Sing yang dilihat cuba mencari masalah dengan penjawat awam. Beliau berpendapat tindakan Tiong King Sing itu telah melanggar batas kuasa sebagai seorang menteri dan akan menimbulkan rasa kurangs senang dalam kalangan penjawat awam.
“Saya sempat membaca surat yang isi kandungannya melibatkan pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar atas alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Apabila surat itun telah tular dan mendapat respon yang pelbagai daripada rakyat, mula lah Tiong King Sing kata surat itu bukan menamatkan perkhidmatan Datuk Dr Ammar Abd Ghapar tetapi hanya menurunkan pangkat sahaja”.
“Saya ingin persoalkan siapa yang tidak ‘perform’ sama ada dia ataupun Datuk Dr Ammar? Datuk Dr Ammar sudah berpengalaman selama 36 tahun dalam kementerian tersebut dan Tiong King Sing pula hanya pandai buat sesuatu tindakan yang langsung tidak popular”.
“Bagi saya Tiong King Sing itu yang tidak ‘perform’. Pertama beliau bertindak dan membuat keputusan di luar bidang kuasanya. Jika ingin memecat dan menurunkan pangkat seseorang penjawat awam, beliau patut memberikan pandangan dan cadangan kepada SPA ataupun KSN untuk lakukan pemindahan jawatan bukannya beliau yang buat keputusan”, tegas beliau.
Tambah beliau lagi, Tiong King Sing sebelum ini juga pernah membuat masalah dengan menyerang seorang pegawai penguatkuasa imigresen di KLIA dengan alasan untuk menyelamatkan seorang pelancong China daripada diperas ugut.
“Masuk ke ruangan imigresen boleh pula tetapi untuk menghadiri ke persidangan Parlimen beliau berkali-kali ponteng dengan alasan yang tidak munasabah sehingga ditegur oleh Speaker Parlimen. Jadi jelas beliaun langsung tidak ‘perform’ dan kompeten”, kata beliau.