SPRM Semakin Rosak, Tiada Integriti

SHAH ALAM – BERJASA meluahkan rasa kekesalan dengan berita yang melaporkan tiga orang pegawai SPRM yang didakwa terbabit dengan samun dan rompakan ahli perniagaan secara berkumpulan. Perkara ini telah menambah barah kepada imej SPRM yang dilihat semakin dihimpit dengan krisis integriti dalam kalangan anggotanya.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata SPRM yang asas tugas utamanya untuk melawan korupsi kini semakin jauh tersasar daripada landasannya akibat sikap sesetengah anggotanya yang tidak berintegriti.

“SPRM perlu bebas daripada daripada dipergunakan untuk apa-apa tujuan politik dan menekan pihak lawan politik kerajaan atau mana-mana pihak”.

“Saya juga ingin mempersoalkan tentang siasatan kes-kes yang berprofil tinggi seperti kes rampasan harta puluhan jutaan ringgit dalam bentuk emas dan wang tunai serta sitaan kenderaan pelbagai jenis daripada seorang Dato’ ahjli perniagaan beberapa bulan yang lalu. Hingga kini kes-kes ini tidak kedengaran lagi. Jadi apa yang sedang berlaku kepada SPRM?”, soal beliau.

Terdahulu, tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai terbabit dalam rompakan berkumpulan ke atas seorang ahli perniagaan dijangka didakwa hari ini.

Media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mengapa Menteri Dan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Masih Dikekalkan?

Next Post

Rombakan Kabinet Bukti PM Hilang Punca

Related Posts