Tanah Waqaf Milik Umat Islam, Bukan Milik Jakel atau Kuil Haram

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif, mengecam tindakan kerajaan yang memberi jaminan untuk melindungi kuil haram di atas tanah waqaf di Jalan Masjid India, menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan terhadap kedaulatan Islam di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa tanah waqaf bukan sekadar harta biasa, tetapi hak mutlak umat Islam yang perlu dipertahankan. “Ini bukan soal kepentingan individu atau mana-mana syarikat seperti Jakel, tetapi soal amanah Allah yang wajib dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Jika pemimpin Islam terus berdiam diri, maka mereka sebenarnya gagal mempertahankan hak agama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Hamdan, pihak luar seperti Gobind Singh, Ambiga, Zaid Malik, dan N. Surendran tidak mempunyai sebarang locus standi untuk campur tangan dalam isu ini. “Ini bukan sekadar isu pemilikan tanah, tetapi satu cubaan untuk menguji sejauh mana umat Islam mampu mempertahankan hak mereka. Perdana Menteri tidak boleh terus membisu! Maruah Islam tidak boleh dikompromi dengan kepentingan politik sempit,” tegasnya.

BERJASA Sokong Pembinaan Masjid, Desak Segera Diteruskan

Oleh kerana demikian, BERJASA menyatakan sokongan penuh terhadap majlis pecah tanah pembinaan Masjid Madani yang dijadualkan hujung Mac ini. Mohd Hamdan menegaskan bahawa ini adalah titik tolak kesatuan umat Islam dalam mempertahankan tanah waqaf.

“BERJASA menyeru rule of law ditegakkan, serta tidak tunduk kepada tekanan politik luar. Keadilan yang sebenar mesti diangkat bagi mengatasi sentimen pihak tertentu yang didalangi kelompok berkepentingan. Kita tidak mahu hanya melihat jaguh picisan menangguk di air keruh demi kepentingan politik mereka,” katanya.

BERJASA juga turut menyeru Majlis Agama Islam, NGO Islam, serta umat Islam keseluruhannya untuk bangkit mempertahankan tanah waqaf ini. “Jika kita terus membiarkan hak kita dirampas sedikit demi sedikit, tidak mustahil suatu hari nanti, tanah-tanah waqaf lain juga akan mengalami nasib yang sama,” katanya mengakhiri kenyataan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pendidikan Cina, Perjuangan DAP

Next Post

‘Skim Ekspres’ Kuil Haram Dapat Tanah Percuma

Related Posts