Seramai 35 orang serah borang pendaftaran bERJASA Kota

Kota: BERJASA Kota baru-baru ini menerima keahlian baharu seramai 35 orang daripada masyarakat setempat. Ini menandakan satu anjakan positif untuk BERJASA Kota dalam bergerak lebih jauh terutamanya dalam arena politik Negeri Sembilan.

Sewaktu menemubual salah seorang ahli baharu BERJASA Kota, beliau merasa terbuka untuk menyertai BERJASA secara rasmi kerana yakin dengan aspirasi BERJASA yang dilihat selari dengan apa yang dibawa oleh Geng Ngaji selama ini. Untuk pengetahuan tambahan, Geng Ngaji telah ditubuhkan oleh Yang Dipertua BERJASA Cawangan Kota iaitu Ustaz Sofee Mustafa. Beliau berpendapat besar sumbangan Geng Ngaji ini sehingga menggerakkan hatinya untuk terus berbakti kepada parti BERJASA pula.

Tambahan juga, beliau melihat BERJASA melalui Geng Ngaji lebih banyak menyantuni rakyat dalam soal kebajikan berbanding parti yang lain maka keputusan beliau untuk menyertai BERJASA adalah satu pilihan yang tepat di kala negara mengalami kekacauan politik nasional.

Ustaz Sofee Mustafa, Yang Dipertua BERJASA Cawangan Kota berkata kini sudah tiba masanya untuk beliau berbakti kepada masyarakat melalui platform politik setelah berbakti dalam NGO selama 8 tahun yang memberikan manfaat hampir 3 juta orang.

“Insyallah telah saya tekankan dalam ucapan malam tadi Berjasa akan memberi fokus utk memperjuangkan nasib rakyat di Dun Kota ini. BERJASA Cawangan Kota juga bersedia bekerjasama dengan mana mana parti yg menjadikan faktor Islam & Melayu sebagai keutamaan dalam membantu rakyat”.

“BERJASA Cawangan Kota akan memberi fokus kepada pendidikan ,ekonomi serta kebajikan rakyat di sini. Bagi masyarakat Kota yang berminat untuk menyertai kami, anda boleh berhubung terus dengan saya untuk kita sama-sama menguatkan perjuangan demi masyarakat Kota”, jelas beliau.

Dikesempatan ini juga, beliau menyeru untuk seluruh masyarakat Kota bersama-sama dengan BERJASA dalam bersolidariti terhadap nasib yang menimpa masyarakat Palestin di Gaza. BERJASA konsisten dengan pendiriannya untuk menolak sikap kolonialisme hina Israel yang membunuh warga yang tidak bersalah seperti wanita dan kanak-kanak.

Majlis penyerahan borang keahlian itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Mohd Fauzi Bashir, Yang Dipertua BERJASA Rembau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Desak Kerajaan Salurkan Bantuan Kemanusiaan Kepada Gaza

Next Post

Dasar Kepelbagaian Makanan: Cadangan Buat Kerajaan

Related Posts