Wanita BERJASA Sokong Modul Penghayatan Hadis 40

Shah Alam – Wanita BERJASA Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ini yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi dilihat sebagai satu usaha oleh KPM dalam memastikan sahsiah murid dapat terbentuk dengan jayanya.

Wanita BERJASA Malaysia melalui Naib Ketua Wanita 1 iaitu Datin Noorzaimen A Kadir berkata sokongan ini didasarkan atas dua faktor iaitu Islam merupakan agama Persekutuan dan Islam juga bukan merupakan agama yang memfokuskan kepada ritual semata-mata.

“Kami menyokong usaha yang dibawa oleh KPM ini dengan melihat bahawa Islam ini merupakan agama Persekutuan maka segala pengamalan dan perlaksanaannya tidak bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Kedua pula Islam ini bukan sahaja agama yang memfokuskan kepada pengamalan secara ritual sahaja malahan ia lebih luas daripada itu terutamanya kepada individu yang beragama Islam”.

“Di sini saya agak terkilan dengan bantahan yang dikemukakan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) yang mendakwa pengenalan modul ini di sekolah kebangsaan adalah tidak mengikut perlembagaan. Mereka tidak sepatutnya bertindak campur tangan dalam soal agama Islam”, tegas beliau.

Baru-baru ini tular melalui laporan berita bahawa badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) membantah dengan sekeras-kerasnya perlaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Modul di sekolah-sekolah kebangsaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Hadis 40: KPM Jangan Tunduk Pada Suara Sumbang NGO

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Polemik Hadis 40: Usah Dipolitikkan Secara Melulu

Related Posts