100 Hari Kerajaan: Lebih Kepada ‘Politiking’ – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Bangi – Semalam sudah genap tempoh 100 hari kerajaan perpaduan kini mentadbir. Antara pendekatan popular yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah Menu Rahmah contohnya.

Walaupun Menu Rahmah baharu saja dilancarkan pada 31 Januari 2023, ia telahpun mendapat sambutan yang ramai daripada rakyat sehingga menenggelamkan suara pimpinan kerajaan yang dahulunya ingin melakukan reformasi kehakiman dan pentadbiran negara seperti yang dijanji oleh mereka.

Namun, sehingga sekarang tiada lagi tindakan kerajaan yang ingin ke arah tersebut.

Hal ini senada dengan Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan yang melihat tempoh 100 hari kerajaan mentadbir ini lebih kepada ‘politiking’ semata-mata.

Hal ini dapat dilihat dengan tindakan kerajaan yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atas dakwaan rasuah dan penyelewengan wang.

“Mereka mengambil kesempatan dengan menjadi kerajaan untuk menekan pihak lawan. Bukan itu sahaja, terdapat usaha daripada mereka untuk mensucikan diri dengan percubaan melepaskan beberapa pimpinan kerajaan daripada kes mahkamah yang masih berlangsung.” tegas beliau.

Tambah beliau lagi, beliau kecewa dengan pendekatan kerajaan yang memotong peruntukan dana kepada pihak pembangkang.

Jika benar kerajaan ingin berkhidmat kepada rakyat, tidak perlu untuk memotong peruntukan dana yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Menyentuh kempen Menu Rahmah di bawah kerajaan kini, ia hanya bersifat populis semata-mata tanpa perancangan jangka masa panjang.

Beliau menggesa kerajaan sepatutnya fokus dalam usaha menurunkan kos bahan mentah yang tinggi sekarang bukannya meminta peniaga menyediakan Menu Rahmah tanpa pemberian subsidi.

Tegas beliau, “Peniaga sekarang ini terbeban dengan kenaikan kos bahan mentah. Jika mereka wujudkan Menu Rahmah sekalipun, ia hanya menguntungkan pembeli tetapi membebankan peniaga. Solusi jangka pendek ini hanya populis sahaja”.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November tahun lalu setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Naib Presiden BERJASA Afif Badhrulhisham

Kereta EV: Utamakan Vendor Tempatan – Afif Badhrulhisham

Next Post
Setiausaha Agung BERJASA, Cikgu Zulkifli

BERJASA Sedia Terima Annuar Musa – Zulkifli

Related Posts