Sepatutnya Sudah Boleh Angkat Bahasa melayu Di Parlimen

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Puchong – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim mendesak kerajaan agar mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa perlembagaan untuk digunakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hal ini susulan kenyataan yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang terbina kini masih kukuh dengan majoriti 148 kerusi di dalam Parlimen walaupun menghadapi penurunan kerusi sewaktu pilihan raya negeri (PRN) terutamanya di Selangor.

Kenyataan beliau itu juga seakan ingin menampakkan bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau masih kukuh dan tidak goyah dengan keputusan PRN tersebut.

Zamani Ibrahim berkata lagi, pengkukuhan kedudukan kerajaan di dalam Parlimen dengan 148 kerusi itu sepatutnya menjadi satu peluang kepada mereka untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan.

“Apa gunanya ada kerusi majoriti di dalam Parlimen tetapi tidak boleh angkat bahasa Melayu di Parlimen dengan gantikan bahasa Inggeris untuk digunakan di dalam Perlembagaan Persekutuan”.

“Selama puluhan tahun sejak merdeka kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perundangan yang digunakan juga di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya kerajaan sudah ada ‘political will‘ untuk gantikan bahasa Inggeris ini dengan bahasa Melayu”.

“Tafsiran perundangan atau perlembagaan perlu menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi negara kita ini. Maka seeloknya tafsiran undang-undang ini menggunakan bahasa kita bukannya bahasa daripada penjajah”, tegas beliau.

Di akhir kata beliau, beliau mewakili BERJASA mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan saranan ini bagi melihat Malaysia mempunyai identiti dan imej yang jelas bukan sahaja dalam soal kenegaraan namun dalam aspek perundangan juga.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Polemik Hadis 40: Usah Dipolitikkan Secara Melulu

Next Post

Hadis 40: Bukan Islam Jangan Campur Hal Ehwal Islam

Related Posts