Hadis 40: Bukan Islam Jangan Campur Hal Ehwal Islam

Shah Alam – Tatkala negara kita baharu sahaja melabuhkan tirai ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 pada 31 Ogos yang lalu, sudah timbul kenyataan yang menggambarkan sikap Islamofobia sehingga boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni.

Ini susulan satu kenyataan di Facebook milik akaun individu bernama Arun Dorasamy yang mendesak agar disemak semula kandungan Hadis 40 atas alasan tidak selari dengan perpaduan kaum di negara kita. Bukan itu sahaja malahan individu tersebut dalam akaun Facebook yang sama juga secara tidak rasmi mengatakan sebanyak lima hadis sudah ‘disingkirkan’ atas alasan yang sama.

Kebiadaban Arun Dorasamy ini akhirnya mendapat respon pantas daripada Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif yang membidas kenyataan tersebut kerana secara jelas ingin mewujudkan persepsi yang tidak baik terhadap agama Islam. Jelas beliau, orang bukan Islam tidak sepatutnya mencampuri segala urusan ataupun hal yang melibatkan Islam kerana isu yang berkaitan dengan agama ini amat sensitif di Malaysia.

Tambah beliau, Malaysia telah sekian lama menetapkan Islam adalah agama persekutuan maka pengamalan melibatkan Islam di Malaysia tidak seharusnya dipertikaikan oleh rakyat di negara ini. Memandangkan penetapan kedudukan Islam dalam negara juga terlah termaktub dalam perlembagaan.

“Kerajaan berhak memperkenalkan dasar-dasar berkaitan agama Islam tanpa perlu mendapatkan izin atau kebenaran daripada orang bukan Islam. Malaysia ini sudah lama dicanang sebagai tanah yang berdaulat maka kedaulatan di negara ini juga bermakna kedaulatan Islam tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekalipun”.

“Sudah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan beberapa minggu yang lalu bahawa modul Penghayatan Hadis 40 ini hanya akan diajaarkan kepada pelajar yang beragama Islam sahaja maka mengapa individu bukan Islam ini melenting sehingga memaksa KPM untuk menarik kembali cadangan tersebut? Ini sudah melampau dan jelas provokasi ini sudah melanggar garis merah”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, rakyat inginkan kepastian adakah benar seperti yang diperkatakan oleh individu tersebut bahawa MHS dimaklumkan berjaya mendesak KPM untuk menarik lima buah hadis menjadi tiga puluh lima hadis sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Sepatutnya Sudah Boleh Angkat Bahasa melayu Di Parlimen

Next Post

MB Selangor Jangan Angkuh, Isyarat Rakyat Sudah Jelas

Related Posts