Polemik Hadis 40: Usah Dipolitikkan Secara Melulu

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Shah Alam – Polemik kepada pengenalan modul Penghayatan Hadis 40 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi besar apabila mendapat tentangan awal daripada parti MCA dan GERAKAN. Sedangkan KPM sudah menjelaskannya daripada awal bahawa pembelajaran modul ini hanya akan dijalankan kepada murid-murid yang beragama Islam sahaja.

Naib Presiden II BERJASA, Ir Lukman Al-Hakim berkata beliau menyokong penuh keputusan KPM dan kerajaan bagi memperkenalkan Hadith 40 Imam Nawawi kepada para pelajar dan guru Muslim di sekolah seluruh negara malahan menyarankan agar pembelajaran dan penghayatan subjek deeniyah diperkasakan secara holistik bagi meningkatkan kualiti modal insan pelajar dan guru Muslim.

“Langkah seterusnya ialah integrasi ilmu deeniyah dan subjek akademik bagi mengelakkan dikotomi ilmu yang tidak produktif dan merugikan”.

“Bagi pihak bukan Islam yang menyanggah tindakan ini, mereka tidak sepatutnya merasa terancam kerana Muslim yang baik akan lebih menjaga kepentingan dan hubungan kemasyarakatan dengan pihak bukan Islam. Justeru mereka sepatutnya memperkasakan pengajaran dan penghayatan agama masing-masing di sekolah”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, beliau amat yakin Islam adalah agama terbaik dan semua agama mengajarkan kebaikan maka polemik berkenaan hadis ini tidak perlu dipanjangkan sebagai modal politik murahan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wanita BERJASA Sokong Modul Penghayatan Hadis 40

Next Post
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Sepatutnya Sudah Boleh Angkat Bahasa melayu Di Parlimen

Related Posts