Adakah DAP Sudah Berputus Asa Dengan Pengundi Melayu?

DAP

KUALA KUBU BAHARU – Ura-ura untuk DAP melantik calon berbangsa Melayu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei ini tidak berlaku setelah DAP mencalonkan Pang Sock Tao sebagai calon DAP untuk PRK KKB ini. Pang Sock Tao sebelum ini merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Terdapat juga khabar angin daripada sumber dalaman yang mengatakan nama Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon selepas kepimpinan parti menolak rancangan awal meletakkan calon Melayu. Calon Melayu tersebut dikenali dengan nama Syed Hidayat Syed Hassan menurut sumber kanan DAP Selangor.

Beberapa pimpinan PH di Selangor mengharapkan agar DAP meletakkan calon Melayu. Ada sumber DAP mengatakan mereka memang benar mengharapkan calon Melayu diletakkan oleh DAP bagi membolehkan parti pemerintah dapat menambah bilangan ADUN Melayu.

Sumber DAP itu juga berkata, walaupun calon Melayu pada mulanya “dipertimbangkan dengan serius”, kepimpinan parti merasakan sentimen anti-kerajaan di kalangan orang Melayu kini berada di kemuncaknya di sebalik pelbagai isu seperti kenaikan harga barang dan kenaikan harga petrol yang akan dilaksanakan kerajaan.

Dalam masa yang sama juga pencalonan Pang Sock Tao juga dilakukan dengan perancangan awal memandangkan beliau rapat dengan Nga Kor Ming. Nga dilihat sebagai wajah yang ‘sangat Cina’ dalam DAP, maka menjadi harapan mereka pengundi Cina memberi sokongan padu kepada calonnya.

Nga Kor Ming sebelum ini terlibat dengan banyak kontroversi yang mengundang kemarahan kumpulan Melayu seperti kenyataannya menyerang tindakan memboikot syarikat makanan segera tertentu, iaitu sebahagian daripada kempen umat Islam sedunia yang menyasarkan barangan AS untuk menghukum bantuan ketenteraan AS kepada Israel dalam kempen ketenteraan di Gaza.

Pada 2016, beliau mencetuskan kemarahan Umno kerana cuba menggambarkan amalan duit Raya sebagai satu bentuk rasuah.

Pada 2019, Nga disiasat atas catatan di akaun Facebook dikaitkan dengannya, yang menggesa kaum Cina menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada Sultan Selangor kerana arahannya supaya papan tanda jalan di negeri itu tidak lagi menggunakan tulisan Cina.

Pada tahun yang sama, semasa kempen pilihan raya kecil di Tanjung Piai, beliau melabelkan PAS sebagai parti pelampau, sambil menyindir pemimpinnya yang berjanggut panjang dan berpakaian jubah.

Dalam kempen pilihan raya umum 2022 pula, beliau melabel PAS sebagai parti “Taliban” dan berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan sekiranya PN berkuasa.

Jelas DAP kekal dengan pendirian mereka untuk membawa wadah politik Cina sahaja dan sudah berputus asa untuk menarik undi orang Melayu agar memilih mereka.

SUMBER – Malaysia Now

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
PRK KKB

BERJASA Sokong PN Untuk PRK KKB

Next Post
penceroboh hutan Raub

Wakafkan Tanah Musang King Raub Bagi Hindari Penceroboh

Related Posts