Agenda Pindah Keluar Penduduk Gaza Adalah Agenda Zionis

HULU LANGAT – Sebarang cubaan dan agenda untuk membawa keluar penduduk Gaza dari tanah air mereka merupakan salah satu dari agenda Zionis, menurut Pengerusi Jawatankuasa Negeri Berjasa Selangor, Ustaz Annuar Salleh.

Rejim Zionis secara tetap dan berterusan cuba untuk memindahkan penduduk Gaza, namun usaha mereka tidak berhasil malah penduduk Gaza tetap teguh di bumi Gaza, tambahnya lagi.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Briged Al Qassam baru-baru ini bahawa “Musuh Zionis meneruskan percubaan untuk memindahkan rakyat kami, jadi tindak balasnya adalah dengan kekal teguh di bumi kami.”

Briged Al Qassam juga menegaskan bahawa “Musuh Zionis telah melanggar semua norma agama, undang-undang dan hak kemanusiaan tanpa melemahkan semangat kami.”

“Terdapat beratus-ratus ribu pendatang haram Israel tinggal secara haram di tanah Palestin, dan mereka adalah sebahagian besar pendudukan Israel. Jadi apakah itu peneroka haram Israel?” soal jurucakap itu lagi.

Ustaz Annuar Salleh juga merujuk kepada kenyataan Abu Ubaidah, Komandan Al-Qassam pada 1 November, bahawa walaupun dengan kemaraan musuh, mujahidin Gaza teguh menghadapi pasukan musuh dan telah menghancurkan 22 kenderaan Zionis dengan peluru berpandu Yasin 105.

Sebuah video oleh Al Jazeera pula, menjelaskan mengenai penduduk Gaza yang bertahan, dengan lebih terperinci dan mudah dengan menjelaskan, pembinaan komuniti haram Israel di dalam kawasan pendudukan yang di dana oleh Kerajaan Zionis, ialah bagi memaksa pemindahan beramai-ramai rakyat Palestin keluar dari rumah dan tanah air mereka di Tebing Barat.

Beliau turut menjelaskan bahawa semalam, berlaku perbualan antara pimpinan politik Hamas Ismael Haniyeh dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, bahawa Tun Mahathir bersetuju dengan Ismael (HAMAS), apa yang berlaku bukanlah keganasan, tetapi ini adalah tindakan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air mereka yang telah dirampas.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di dalam sidang Parlimen telah membangkitkan perancangan Perdana Menteri untuk memindahkan dua juta rakyat Palestin daripada Gaza.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

adakah PM Sedang Bantu Usaha ‘Halau’ Rakyat Gaza?

Next Post

BERJASA mahu kerajaan nyata pendirian isu pemindahan penduduk Gaza

Related Posts