Selamatkah PADU Untuk Rakyat Malaysia Gunakan?

padu

Kerajaan negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk menangguhkan pendaftaran PADU kepada semua penjawat awam negerinya menjelang tarikh akhir pendaftaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan iaitu pada 31 Mac ini. Bukan Sarawak sahaja malahan kerajaan negeri Sabah juga mengambil tindakan yang sama untuk menggesa agar Kementerian Ekonomi menghentikan sementara pendaftaran PADU ini.

Kedua-dua pimpinan kerajaan negeri ini memberikan sebab yang sama untuk dibuat penangguhan itu iaitu berkenaan butiran maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan. Antara maklumat peribadi yang sepatutnya dilindungi namun perlu diisi di dalam PADU ialah maklumat akaun bank, hartanah dan pelaburan.

Segala maklumat berikut adalah privasi rakyat dan tidak sepatutnya didedahkan dengan mudah. Kerajaan juga dilihat seakan memaksa rakyat untuk mendaftar dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.

Keyakinan terhadap sistem pertahanan maklumat pendaftar PADU juga ramai pihak pertikaikan. Hal ini kerana segala butiran maklumat yang penting telah diisi di dalam PADU maka situasi akan menjadi bertambah buruk jika maklumat penting pendaftar telah bocor.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber global, Kaspersky telah melaporkan bahawa ancaman serangan siber di Malaysia dijangka terus meningkat pada 2024 membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dalam industri kewangan dan telekomunikasi. Firma itu mendedahkan bahawa pada 2023, sistem pengesanannya telah menyekat 26.85 juta serangan ‘bawaan Internet’ di Malaysia, mewakili 74,000 serangan setiap hari.

Penganalisis ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga berkata kebimbangan keselamatan data dikongsikan dalam Pangkalan Data Utama (PADU) antara faktor rakyat enggan mendaftar seterusnya berkongsi maklumat peribadi di sistem berkenaan.

Sehingga sekarang kerajaan masih lagi belum memberi jaminan sama ada data maklumat peribadi pendaftar PADU selamat untuk dilindungi atau tidak. Matlamat PADU untuk memberikan subsidi secara bersasar merupakan langkah yang baik dilakukan oleh kerajaan namun menimbulkan banyak persoalan kepada orang ramai tentang integriti sistem ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ultra kiasu

Kepada Ultra Kiasu, Serlahkan Kesetiaan Atau Pulangkan Kewarganegaraan

Next Post
beras tempatan

Di Manakah Beras Tempatan?

Related Posts