Di Manakah Beras Tempatan?

beras tempatan

Isu bekalan beras putih tempatan yang tidak cukup di pasaran menjadi satu fenomena yang besar kepada kerajaan mahupun rakyat. Pelbagai janji sudah ditabur oleh kerajaan Madani untuk menyelesaikan isu ini namun masih belum dilihat harapan ia boleh diselesaikan dengan segera.

Dalam sebuah laporan yang beredar pada Februari lalu melaporkan beberapa jenama beras putih tempatan (SST) sudah tiga bulan tidak memasuki premis pasar raya sehinggakan pelanggan terpaksa membeli beras putih import (SSI) dengan harga lebih mahal.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin berkata sebahagian besar pasar raya di Semenanjung masih belum memperoleh bekalan beras putih tempatan pada harga RM26 sekampit bagi berat 10 kilogram (kg). Daripada 60 pasar raya yang diperiksa, hanya 10 pasar raya yang menjualnya dengan harga tersebut.

Tidak cukup dengan itu malahan Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) mendedahkan hanya lima peratus atau 7,000 daripada 140,000 tan beras tempatan berada di kilang kecil milik Bumiputera. Hal ini demikian kerana pengilang dan pemborong besar menguasai rantaian bekalan beras tempatan dan import.

Kerajaan sepatutnya telus dalam isu ini terutamanya melibatkan Kementerian Pertanian dan Jaminan Bekalan Makanan di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamad Sabu. Setelah dihimpit dengan isu kekurangan bekalan telur, ayam kini beras pula. Itu tidak kira lagi dengan ura-ura bekalan sayur akan berkurangan mulai bulan depan hingga menyebabkan harganya terus meningkat.

Jelas wujudnya kartel yang sengaja menyorokkan bekalan komoditi makanan terpenting ini dan kerajaan dilihat begitu lemah untuk menyelesaikan masalah ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
padu

Selamatkah PADU Untuk Rakyat Malaysia Gunakan?

Next Post
beras tempatan

Jangan Anak Tirikan Industri Beras Tempatan – Presiden BERJASA

Related Posts