Melindungi Hak Orang Asli Di Malaysia Juga Termasuk Sebagai Menjaga Hak Bumiputera

hak bumiputera

Ramai pihak yang tidak mengambil maklum bahawa etnik Orang Asli di Malaysia juga merupakan Bumiputera di Malaysia maka segala hak berkaitan mereka turut meliputi hak Bumiputera seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, masih ramai rakyat yang tidak tahu mengenai hal ini dengan beranggapan hanya kaum Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja sebagai kaum Bumiputera.

Bukan setakat rakyat sahaja malahan pihak kerajaan sendiri pun tidak begitu mengambil berat mengenai isu kebajikan etnik Orang Asli di Malaysia terutamanya melibatkan soal kelestarian hutan yang menjadi tempat tinggal masyarakat mereka.

Isu melibatkan pencerobohan dan pembalakan hutan yang di dalamnya ada wujud perkampungan Orang Asli sudah lama disuarakan oleh kaum orang Asli namun tidak dipandang secara serius oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.

Masyarakat Orang Asli sudah banyak kali membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab kerana sudah muak apabila sumber bekalan air dan makanan mereka berpunca daripada aktiviti pembalakan.

Jika orang Melayu yang terjejas sumber ekonominya, pasti begitu ramai yang meluahkan bantahan dan membanjiri media sosial dengan mengatakan hak orang Melayu sudah terancam dan cuba mencabar hak Bumiputera.

Hak Bumiputera Sebenarnya Sudahpun Terancam Oleh Pihak Kapitalis

Rakyat mahupun kerajaan sepatutnya sedar bahawa hak Bumiputera di Malaysia ini sudah lama diancam oleh kapitalis.

Sejak kebelakangan ini sudah banyak portal berita yang berani mendedahkan mengenai tangan-tangan pihak kapitalis yang merosakkan ekosistem hutan tempat Orang Asli tinggal.

Mereka mendakwa aktiviti pembalakan yang dilakukan secara tidak terkawal itu menyebabkan air sungai di kawasan mereka menjadi keruh dan tidak selamat untuk diminum.

Misalnya, Sungai Cenderoh yang terletak di Kelantan dan merupakan kawasan penempatan Orang Asli di sekitarnya telah berubah warna menjadi merah karat yang menyebabkan aktiviti harian Orang Asli di sana untuk mandi dan mendapatkan bekalan air terganggu.

Bukan sahaja melalui aktviti pembalakan malahan pada tahun 2009 mereka juga terkesan apabila lombong bijih besi pertama dibuka dan merubah landskap tanah Orang Asli di Gua Musang.

Lebih menyedihkan apabila kerosakan itu dibuat oleh syarikat kapitalis luar iaitu Sterling Goldhill Sdn Bhd yang merupakan milik kepada warganegara China.

Perkampungan mereka agak terpencil dengan kurangnya bekalan elektrik dan air paip yang mencukupi untuk kawasan kampung mereka maka di mana lagi sumber air yang mereka boleh dapat jika sungai pun dirosakkan begitu sahaja?

Kelangsungan hidup mereka juga datangnya daripada aktiviti perburuan namun selepas ini mereka semakin sukar untuk mendapatkan hasil buruan setelaah hutan di kawasan mereka digondol untuk aktiviti pembalakan.

Jelas bahawa hak Orang Asli yang merupakan Bumiputera di negara ini sudah lama terancam oleh tangan jahat manusia namun tiada langsung tindakan untuk melindungi kebajikan mereka.

Di mana lagi untuk mereka mengadu nasib jika kerajaan sendiri tidak memandang serius isu ini secara teliti?

Usah kita beranggapan masyarakat Orang Asli ini tidak layak mendapat layanan yang sama rata seperti di kawasan pekan atau bandar memandangkan mereka selesa untuk tinggal di kawasan hutan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kos perubatan di malaysia

Warga Asing Berhutang RM36.4 Juta Dengan Hospital Malaysia, Rakyat Tempatan Pula Terbeban Dengan Kenaikan Kos Perubatan Di Malaysia

Next Post
tambang bas sekolah

Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Tahun Depan

Related Posts