PADU: Projek Mega Kerajaan Yang Memakan Diri

KUALA LUMPUR – Renyah, lambat dan keselamatan data yang lemah!

Itu adalah luahan daripada rata-rata pihak yang cuba melakukan proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada hari perlancarannya di Putrajaya semalam. Mereka mengatakan bahawa PADU dilihat masih cukup belum bersedia untuk dilancarkan kepada orang ramai. Dakwaan ini juga disokong oleh Ong Kian Ming yang mengatakan bahawa wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu.

Menurut pemerhatian kami terhadap luahan mereka, aduan yang dibuat banyak tertumpu kepada kerumitan mereka untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan oleh pengisi. Bukannya mereka malas untuk melengkapkan segala maklumat yang diminta oleh sistem namun mereka mempersoalkan ketidakcekapan sistem PADU ini yang sebenarnya boleh sahaja mengambil data rakyat Malaysia di kementerian-kementerian yang lain.

Bukan itu sahaja malahan kelemahan kepada Application Programming Interface (API) jelas kelihatan apabila pihak luar yang tidak bertanggungjawab boleh mengubah maklumat daftar masuk orang lain dengan hanya menggunakan maklumat nombor kad pengenalan. Ini merupakan isu yang amat membimbangkan kerana sesiapa sahaja boleh mengakses akaun pendaftar PADU dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Kebocoran maklumat dan data kad pengenalan rakyat Malaysia pernah sudah berkali-kali berlaku dan tidak mustahil penggodaman terhadap akaun pendaftar PADU akan berlaku jika ciri-ciri khas keselamatan perlindungan data pendaftar tidak ditekankan oleh kerajaan.

Kerajaan seakan-akan dilihat langsung tidak mementingkan keselamatan data rakyat. Mereka hanya menginginkan pencapaian mereka dalam kerajaan dilihat oleh rakyat tanpa mempedulikan elemen yang lebih penting iaitu dalam soal perlindungan dan keselamatan data maklumat rakyat.

Jika tiada perubahan untuk menambahbaik ciri keselamatan sistem ini dan kerajaan masih mengambil sikap yang sambil lewa, nampak gayanya PADU hanya akan menjadi senjata yang makan tuan sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Birokasi Melampau Punca Keselamatan negara Terancam

Next Post

Sanusi Dakwa Cubaan jatuhkan Kerajaan Tetap Ada

Related Posts