Kepada Ultra Kiasu, Serlahkan Kesetiaan Atau Pulangkan Kewarganegaraan

ultra kiasu

BANGI – Sudah tiba masanya pemimpin bukan Bumiputera atau ultra kiasu membuktikan kesetiaan mereka kepada negara dan komitmen untuk berkompromi dalam memastikan Malaysia terus aman dan makmur. Jika golongan ultra kiasu ini masih berdegil, elok sahaja dilepaskan kewarganegaran mereka.

Ketua Pemuda BERJASA, Mohd Azriq Rosman memberi peringatan bahawa selama ini pemimpin Bumiputera telah terlalu banyak berkompromi bagi menjayakan kesatuan untuk negara ini.

Bermula dengan kompromi terhadap kewarganegaraan kepada kaum bukan Bumiputera semasa merdeka sehinggalah kepada pengekalan sekolah jenis kebangsaan, katanya.

“Kompromi yang dilakukan pemimpin Melayu terdahulu terlalu banyak melukakan bangsa asal negeri ini.   Kepentingan kaum asal tidak dijadikan keutamaan, hak yang ada selalu dipertikai dan dicabar sehingga kepada satu tahap menghina segala aspek yang melibatkan bangsa asal.

“Semua ini peribumi telan atas dasar kompromi dan mahu menjaga keamanan.

“Tapi sebaliknya pemimpin bukan peribumi seolah-olah tidak mahu langsung berkompromi dan seakan menolak identiti asal tanah ini yang usianya lebih dari ratusan tahun,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan kesetiaan pemimpin bukan Melayu kerana masih ada antara mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Lebih malang, ada pihak dengan sengaja menolak dan membantah perkara asas yang sepatutnya menjadi pengikat kepada kesatuan rakyat.

“Pemimpin Melayu korbankan sekolah Melayu, korbankan Jawi, korbankan pelbagai lagi perkara dengan harapan dapat menyatukan seluruh warganegara”.

“Tetapi semua ini dikhianati oleh pemimpin bukan peribumi politik yang rasis, cauvinis dan tidak mahu menghilangkan kesetian kepada negara asal”.

“Justeru, ayat paling sesuai kepada pemimpin bukan peribumi ini, serlahkan kesetiaan kepada identiti negara atau pulangkan kewarganegaraan,” katanya.

SUMBER – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
rajendra chola

Makkal Sakti Pary Ingin Iktiraf Penjajah Bernama Rajendra Chola?

Next Post
padu

Selamatkah PADU Untuk Rakyat Malaysia Gunakan?

Related Posts