Sekolah Kebangsaan vs Sekolah Swasta: Jangan Nilai Hasil Sahaja – Zulkifli Yahya

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Bangi – Muncul stigma atau dilema baharu berkenaan sekolah kebangsaan dengan sekolah swasta.

Ibu bapa kini lebih gemar membandingkan antara dua sekolah ini dari segi hasil dan keputusan yang bakal diperoleh jika menghantar anak mereka ke sekolah.

Ada ibu bapa yang merasakan menghantar anak mereka ke sekolah swasta kerana berpendapat hasil yang bakal diperoleh oleh anak mereka lebih bagus berpadanan dengan kos yang mereka keluarkan.

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya ketika dihubungi berkata perbandingan antara sekolah kebangsaan dengan sekolah swasta dari segi kualiti mungkin berbeza kerana sekolah swasta mempunyai had tertentu untuk bilangan murid di dalam kelas untuk mudah proses pembalajaran dijalankan oleh guru.

Namun demikian, ibu bapa sepatutnya mempertimbangkan faktor-faktor atau aspek-aspek lain dalam hal ini.

“Sebagai contohnya, infrastruktur sekolah kebangsaan dilihat lebih lengkap berbanding sekolah swasta. Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun menyediakan peruntukan bajet yang besar untuk sekolah kebangsaan memperoleh ataupun menaiktaraf infrastruktur seperti pusat sumber, makmal dan bilik darjah”.

“Kurikulum sekolah kebangsaan pula lebih baik berbanding sekolah swasta. Sekolah kebangsaan menekankan kurikulumnya lebih mantap dan holistik. Ini dibuat bagi melahirkan murid yang fokus dalam setiap aspek seperti rohani, jasmi dan intelek”, jelas beliau.

Ibu bapa juga tidak perlu risau berkenaan kualiti guru-guru di sekolah kebangsaan kerana mereka adalah guru-guru terlatih lepasan Insititusi Perguruan Malaysia (IPG) yang memilih pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang cemerlang.

“Satu lagi saya ingin tambah, sistem pentaksiran di Malaysia lebih berfokus melalui sistem pentaksiran yang lebih efisien kerana sekolah kebangsaan pentaksirannya tidak berdasarkan gred semata-mata. Jika sekolah swasta mereka hanya tekankan gred A, B dan C namun sekolah kebangsaan tidak sebegitu”.

“Sekolah kebangsaan tidak memfokuskan gred pelajaran semata-mata malahan memberi tumpuan yang penuh kepada pembentukan sahsiah murid. Itu sebab bagi saya sistem sekolah kebangsaan sebenarnya sudah cukup baik untuk murid-murid”, tambah beliau.

Beliau sempat mengingatkan kepada ibu bapa bahawa tidak perlu risau untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana kualiti silibus yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kementerian Komunikasi & Digital: berjaya Atau gagal?

Next Post

Rumah Terbuka Aidilfitri BERJASA Rembau Meriah

Related Posts