Kementerian Komunikasi & Digital: berjaya Atau gagal?

Shah Alam – Peranan Kementerian Komunikasi & Digital sememangnya ditugaskan untuk menjelaskan dasar yang dijalankan oleh kerajaan.

Hal ini bertujuan untuk memastikan dasar yang dibawa oleh kerajaan dapat difahami oleh rakyat seterusnya melancarkan perjalanan dasar itu.

Untuk pengetahuan, Kementerian Komunikasi dan Digital fokus utamanya adalah untuk menjadi lidah rasmi kerajaan yang melibatkan apa-apa urusan rasmi dan bukan rasmi.

Saya tidak menafikan bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital kini berjaya merealisasikan projek Digital Nasional Berhad (DNB) dalam usaha membawa rangkaian 5G ke Malaysia secepat yang mungkin.

Satu tanda yang positif lagi adalah apabila mereka juga mengumumkan peralihan daripada pemborong rangkaian tunggal 5G kepada pemborong dwirangkaian yang akan bermula apabila liputan 5G yang sedang dilaksana Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai tahap 80 peratus kawasan berpenduduk negara.

Ini bermakna pemborong kedua bakal dilantik seawal Januari 2024 sekali gus mengesahkan laporan beberapa media massa mengenai perkara itu sebelum ini seterusnya memecah monopoli sesebuah syarikat dalam industri 5G.

Namun demikian, Kementerian Komunikasi dan Digital dilihat masih gagal untuk ‘membumikan’ aspirasi Malaysia Madani kepada rakyat.

Mereka lebih banyak mempertahankan imej Perdana Menteri dan kerajaan daripada tuduhan dan cemuhan yang dibawa oleh pembangkang dan sebahagian rakyat.

Apabila begitu banyak kritikan yang diterima oleh kerajaan, ini bermakna Kementerian Komunikasi dan Digital gagal dalam menjalankan tugas hakikinya sebagai medium utama kerajaan untuk menyampaikan dasar kepada rakyat.

Akibatnya, J-KOM dilihat yang lebih banyak menangkis serangan daripada pihak pembangkang yang menyerang kerajaan mahupun Perdana Menteri.

Sudahlah risau dengan bayang-bayang yang memburukkan kerajaan apabila melaporkan ramalan OPR adalah fitnah, kini sudah hilang kredibiliti untuk mempertahankan kerajaan.

Kini apabila OPR telah naik pada awal bulan ini, Kementerian Komunikasi dan Digital gagal untuk meredakan situasi rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dengan menjelaskan mengapa OPR naik dan sebagainya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sedar bahawa beliau mempunyai kerajaan yang lemah dalam pentadbirannya.

Rakyat keliru dengan apa yang ingin dibawa oleh kerajaan akibat kelemahan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Kimi

NASTRACOM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA ataupun parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 60 Anak Muda Sertai Townhall presiden BERJASA

Next Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Sekolah Kebangsaan vs Sekolah Swasta: Jangan Nilai Hasil Sahaja – Zulkifli Yahya

Related Posts